Rugi kalau salah guna, tepung beras ini ada 5 jenis dan berbeza fungsinya

Rugi kalau salah guna, tepung beras ini ada 5 jenis dan berbeza fungsinya

Rugi kalau salah guna, tepung beras ini ada 5 jenis dan berbeza fungsinya. Mungkin ramai yang menyangka, tepung beras yang mempunyai lambang gajah dan teratai mempunyai fungsi yang sama. Namun, sebenarnya tepung beras ini mempunyai fungsi yang berbeza.

Terdapat empat jenis tepung beras yang berlambangkan gajah dan satu tepung beras cap teratai. Jom ketahui apakah perbezaan fungsi dari lima jenis tepung beras ini dari perkongsian Puan Yatie.

TERDAPAT 4 TEPUNG BERAS CAP GAJAH & 1 CAP TERATAI

Rugi kalau salah guna, tepung beras ini ada 5 jenis dan berbeza fungsinya

TEPUNG BERAS

Ada lima jenis tepung beras. Hahhh apa bezanya? Kita ni ingat asal tepung beras semuanya sama, kan?

Tiga jenis tepung beras yang ada gambar gajah, tapi sekarang yang gajah 5 tu susah nak cari dekat Malaysia. Tepung beras ni dibuat dari negara Thailand, pasal tu ada tulisan Thai dekat bawah setiap tepung tu.

Senang je nak paham sebab tak semua tepung ini ada jual dekat kedai, tapi kalau jual kena tengok betul-betul. Untuk play safe beli saja cap teratai, cuma nak buat certain kuih saja kena pilih tepung beras yang sesuai.

Okay kita share ini bezanya.

PERBEZAAN TEPUNG BERAS 1 CAP TERATAI & 4 CAP GAJAH

1. CAP TERATAI

Rugi kalau salah guna, tepung beras ini ada 5 jenis dan berbeza fungsinya

Saya pakai ini saja untuk goreng-goreng bagi rangup. Buat Laksam, buat Tepung Pelita…hah senang! Selalu kedai jual yang ini banyakkan, sesuai untuk menggoreng juga macam ayam goreng berempah!

Tepung nii pun sesuai juga untuk buat rempeyek atau tumpi dan apam tapi kalau buat apam rasa tepungnya kurang sikit. Tapi boleh la, nak buat apam ambil yang 2 Gajah.

2. CAP 1 GAJAH

Rugi kalau salah guna, tepung beras ini ada 5 jenis dan berbeza fungsinya

Sama fungsi macam Teratai. Kalau dekat kedai tak ada cap teratai atas 1 gajah ni hahh buleh la ambil. Tepung ni boleh goreng pisang atau keledek. Tepung ini bagi merangupkan.

3. CAP 2 GAJAH

Rugi kalau salah guna, tepung beras ini ada 5 jenis dan berbeza fungsinya

Yang ini pulak elok buat kuih tradisional iaitu kuih koci, kuih apam, kuih lapis. Kuih jadi lembut dan likat.

4. CAP 3 GAJAH

Rugi kalau salah guna, tepung beras ini ada 5 jenis dan berbeza fungsinya

Sama juga kalau 2 gajah tak ada dekat kedai nampak 3 gajah beli 3 gajah. Boleh juga buat kuih-kuih tradisional seperti kuih koci, lapis dan pelbagai jenis kuih.

Hasilnya kuih jadi lembut dan berkilat.

5. CAP 5 GAJAH

Rugi kalau salah guna, tepung beras ini ada 5 jenis dan berbeza fungsinya

Sesuai untuk membuat laksa dan pelbagai jenis mee, sebab tepungnya agak lebih kental.

Tepung Pelita pakai tepung beras apa? Tepung Cap Teratai macam saya kata tadi play safe, sebab Tepung Teratai sangat mild, halus mulus.

Kau tengok resipi mana ada orang share tepung beras cap apa! Kesian orang yang tak tahu masak. Most resipi korang tulis letak tepung beras, tulis la detail (cap apa) ye dak?

Okay kita dah cakap bagi pihak.

Baca Lagi:
Kaki calon PH Parlimen Sepang digilis kereta ketika berkempen
Calon PH Padang Serai meninggal dunia
Kisah murid perempuan berpakaian lusuh minta duit RM1 beli air undang sebak!
CATEGORIES