Rugi buang kulit udang, ini khasiatnya yang ramai tak tahu

Photo of author

By Joe

Rugi buang kulit udang, ini khasiatnya yang ramai tak tahu. Biasanya kita makan udang sebagai salah satu lauk makan tengah hari atau malam. Tetapi, pernahkah anda memikirkan untuk memakan kulit udang? Percayakah anda jika kami memberitahu bahawa kulit udang sebenarnya mempunyai banyak khasiat jika dimakan? Inilah yang perlu anda ketahui.

Udang adalah salah satu makanan laut yang sering dimakan oleh penduduk Malaysia.

Udang datang dalam pelbagai saiz dan jenis. Apa pun saiz dan jenisnya, isi udang mengandungi nutrien yang memberi faedah kepada tubuh apabila dimakan.

Rugi buang kulit udang, ini khasiatnya yang ramai tak tahu

Namun, selain dari daging udang, ramai yang tidak tahu bahawa kulit udang juga mempunyai khasiat yang boleh dimanfaatkan apabila dimakan. Apa khasiatnya?

Untuk pengetahuan anda, kulit udang mengandungi sejenis bahan kimia yang dipanggil kitosan.

Berdasarkan kajian, kitosan ini membantu mengurangkan berat badan dan menurunkan tahap kolesterol dalam darah.

Tambah pula, pengambilan kitosan dalam bentuk suplemen pemakanan boleh meningkatkan nisbah kolesterol baik berbanding kolesterol jahat.

Selain kitosan, kulit udang juga kaya dengan kalsium.

Kalsium penting untuk tubuh manusia setiap hari untuk menguatkan struktur tulang dan gigi.

Bolehkah kita makan kulit udang juga? Mungkin ada yang risau sama ada kulit udang selamat dimakan atau tidak. Anda boleh memakan kulit udang tanpa risau mengenai kesan negatif kepada perut.

Ini kerana kulit udang adalah sebahagian daripada udang yang boleh dimakan selain dari isiannya.
Walaupun rupa dan teksturnya agak kurang menarik, khasiat kulit udang adalah bermanfaat untuk tubuh manusia.

Dengan teknik memasak yang betul, kulit udang juga boleh dijadikan hidangan atau snek yang sedap.

3 cara menikmati kulit udang

Terdapat tiga kaedah atau teknik yang boleh anda gunakan dalam menyediakan kulit udang:

1. Udang goreng rangup

Bagi mereka yang biasa memakan udang yang telah siap dikopek, apa kata anda cuba versi yang belum dikopek pula.

Anda boleh gorengkan udang bersama kulitnya melalui cara di bawah ini:

  1. Bersihkan udang dengan air paip. Buangkan bahagian kepalanya terlebih dahulu.
  2. Ambil lidi sate atau garfu, dan cungkilkan bahagian urat hitam yang terdapat pada bahagian belakang udang. Ingat, jangan kopek kulitnya.
  3. Setelah itu, bilas sekali lagi dan toskan air basuhan sehingga kering.
  4. Lumurkan sedikit tepung jagung dan juga garam.
  5. Kemudian, gorengkan udang bersama kulitnya dalam minyak panas sehingga garing.
  6. Angkat dan nikmati udang goreng rangup anda.

2. Snek kulit udang

Jika anda gemar makan udang dan mengopek udang untuk mendapatkan isinya sahaja, jangan buang kulit udang tersebut. Ambil sedikit untuk dibuat snek kulit udang.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Basub bersih kulit udang. Sebaiknya, ambil bahagian kulit badan dan kepalanya sahaja. Untuk bahagian kulit kepala, pastikan anda telah membuang segala kotoran sebelum digoreng.
  2. Setelah ditoskan, ambil sedikit tepung jagung dan lumurkan pada kulit udang. Tambahkan sedikit garam sebagai bahan perasa.
  3. Jika mahu, anda boleh menambahkan sedikit serbuk atau kepingan cili kering untuk memberikan sedikit rasa pedas pada kulit udang tersebut.
  4. Panaskan kuali dengan api sederhana. Gorengkan kulit udang seketika sehingga agak garing.
  5. Setelah itu, angkat dan toskan minyak. Pastikan minyak telah ditoskan dengan kering sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

3. Sup kulit udang

Mungkin anda tidak pernah membuat sup seperti ini, namun percayalah ia sangat berkhasiat.

Cara ini juga amat sesuai untuk mereka yang suka makan udang tetapi tidak gemar memakan kulit udang.

Ikuti kaedah penyediaannya di bawah ini:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
  2. Tumiskan sedikit bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris halus. Boleh juga ditumbuk jika mahu.
  3. Setelah itu, masukkan kulit udang yang telah dibasuh bersih. Tumis sebentar sehingga kulitnya agak kemerah-merahan.
  4. Setelah itu, masukkan air dan biarkan sup mereneh sebentar. Ini untuk memastikan kandungan kalsium daripada udang dapat diekstrak dengan baik.
  5. Anda juga boleh masukkan sedikit sayur-sayuran seperti lobak merah atau batang saderi untuk menaikkan rasa sup.
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidang. Sup ringkas ini sesuai dimakan bersama nasi putih atau nasi goreng.

Selamat mencuba!

Baca Lagi:
Bruno Mars penyanyi pro-Zionis bakal adakan konsert di Malaysia
Hanya sepucuk surat ‘ini’, wanita dapat pampasan RM191,530.50 selepas dipaksa berhenti kerja
Tolong sedar diri! Ini 4 jenis kereta bayaran bulanan rendah untuk golongan B40