RTM singkir Dayangku Intan daripada rancangan Aidilfitri sebab masuk PAS?

RTM singkir Dayangku Intan daripada rancangan Aidilfitri sebab masuk PAS?

RTM singkir Dayangku Intan daripada rancangan Aidilfitri sebab masuk PAS? Dayangku Intan tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai punca beliau disingkirkan daripada program itu, namun dipercayai ada kaitan dengan keputusannya menyertai PAS tahun lepas.

Penyanyi popular era 1980-an, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Dayangku Intan berkata bahawa persembahannya dalam Konsert Glam Raya yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena sambutan Aidilfitri ini, dikeluarkan.

Bercakap dengan MalaysiaNow, beliau bagaimanapun tidak pasti mengapa keputusan itu dibuat dan hanya dimaklumkan bahawa setiap individu yang akan menyertai program RTM akan diperiksa latar belakang.

RTM singkir Dayangku Intan daripada rancangan Aidilfitri sebab masuk PAS?

Katanya, perkara itu hanya dapat disahkan selepas mendapati poster terbaru program yang akan disiarkan pada 22 April depan itu tidak disertakan gambarnya.

“Saya dah diberitahu sebelum itu, tetapi untuk dapatkan kepastian, apabila poster itu dikeluarkan, gambar saya tiada, bermakna sudah sah saya dikeluarkan daripada program tersebut,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil tidak menjawab pertanyaan daripada MalaysiaNow, namun hanya menulis Twitter bahawa tiada arahan dibuat terhadap penyingkiran Dayangku.

Dayangku yang terkenal dengan lagu “Senandung Hari Raya Untukmu”, berkata segala-galanya telah selesai daripada rakaman sehinggalah raptai.

Baca Lagi:
4 sekawan kena kacau di apartment Port Dickson harga RM200 satu malam
Rosmah Mansur kena saman RM67.461 juta dari Syarikat berlian Lubnan
‘Macam berada dalam penggambaran filem aksi’, lelaki kongsi detik cemas diserang bom dan peluru di belakang rumah mertua
CATEGORIES