Rotiboy umum bakal tutup cawangan KLCC setelah 21 tahun beroperasi

Photo of author

By Joe

Rotiboy umum bakal tutup cawangan KLCC setelah 21 tahun beroperasi. Rotiboy mengumumkan penutupan cawangan ikoniknya di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) secara rasmi bermula 8 September depan.

Dalam kenyataan di Facebook, Rotiboy mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja dan pelanggan yang telah memberikan sokongan selama ini.

“Kepada peminat dan penyokong Rotiboy, terima kasih atas sokongan anda yang telah menemani Rotiboy KLCC selama 21 tahun ini. Kami menghargai kerana membenarkan kami menjadi sebahagian daripada perjalanan anda dari zaman kanak-kanak, remaja, hingga dewasa.”

Rotiboy umum bakal tutup cawangan KLCC setelah 21 tahun beroperasi

“Kepada rakan sekerja Rotiboy KLCC, terima kasih atas sumbangan dan pengorbanan anda selama 21 tahun ini. Kini tiba masanya untuk anda menimba pengalaman baru di lokasi Rotiboy yang lain.
“Segala yang baik pasti akan berakhir untuk memberi ruang kepada peluang yang lebih baik dan berprestasi tinggi. Walau bagaimanapun, dengan berat hati dan dukacita, kami mengumumkan bahawa Rotiboy KLCC akan ditutup selama-lamanya bermula 8 September 2024,” katanya.

Tutup Selamanya: Kongsikan Kenangan Anda di Rotiboy KLCC

Dalam kenyataan yang sama, syarikat tersebut turut mengajak para peminat Rotiboy untuk berkongsi kenangan manis mereka di cawangan berkenaan.

“Sebelum kita berpisah, sila kongsikan bersama kami jika anda mempunyai apa-apa kenangan indah di cawangan ini kerana ia amat bermakna kepada kami.

“Muat naik gambar, video, atau ucapan anda dengan hashtag #goodbyerotiboyklcc dan jangan lupa untuk tag kami dalam kapsyen,” tambahnya.

Rotiboy umum bakal tutup cawangan KLCC setelah 21 tahun beroperasi

Dalam pada itu, Rotiboy telah mengadakan pembukaan rasmi cawangan terbaru mereka di Elmina Lakeside Mall, Shah Alam. Pembukaan cawangan berkenaan dilihat mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat.

Baca Lagi:
Wanita dedah rahsia kenapa ramai kaum Cina di Malaysia kaya berbanding kaum Melayu
Pesakit pergi tandas, tiba-tiba mesin catat bacaan jantung naik lebih 200
Pelancong dari Rusia ‘siasat’ kenapa kedai di Malaysia suka bungkus air guna plastik ikat tepi