Rosmah Mansor disabit bersalah 3 pertuduhan rasuah, penjara 20 tahun setiap tuduhan

WhatsApp Image 2022 09 01 at 3.22.39 PM e1662017130226

Rosmah Mansor disabit bersalah 3 pertuduhan rasuah, penjara 20 tahun setiap tuduhan.

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mensabitkan Datin Seri Rosmah Mansor bersalah atas tiga tuduhan rasuah membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

Menurutnya, tertuduh bersalah atas semua pertuduhan.

Rosmah Mansor disabit bersalah 3 pertuduhan rasuah, penjara 20 tahun setiap tuduhan

Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram, Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam, Nadia Mohd. Izhar dan Poh Yih Tinn.

Sementara pembelaan diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, Datuk Jagjit Singh dan Azrul Zulkifli Stork.

Pada 15 November 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua tuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di Lygon Bistro, G-24, Ground Floor, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit dekat sini antara Mac dan April 2016.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek sama di tempat yang sama di Jalan Langgak Duta.

Kesemua kes itu diperintahkan untuk dibicarakan bersama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan perbicaraan bermula pada 5 Februari 2020.

Kes rasuah projek solar babitkan Rosmah Mansor, peguam Rosmah minta Hakim tidak mendengar kes tersebut.

Hakim Mohamed Zaini sedia dengar permohonan peguam Rosmah supaya beliau tidak mendengar kes itu dan cenderung untuk tidak tangguh baca keputusan kes yang dijadual hari ini (1 Sep 2022).

Sebaliknya, jika pembelaannya tidak berjaya, Rosmah berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun bagi setiap tuduhan dan denda tidak kurang 5x ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Baca lagi:

Rosmah Mansor berhati syaitan!, Fazley Yaakod dan isteri dedah perbuatan terkutuk buat ramai netizen terkejut!

Ini keadaan Rosmah Mansor sekarang selepas Najib dipenjara

Tular foto Najib bersama perempuan didakwa isteri keduanya, Najib dan Rosmah buat laporan polis

Leave a Reply

Your email address will not be published.