Rombakan kabinet, Bung Moktar bakal digugurkan

Rombakan kabinet, Bung Moktar bakal digugurkan

Rombakan kabinet, Bung Moktar bakal digugurkan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dikatakan akan merombak Kabinet negeri itu susulan cubaan pihak tertentu mengguling pentadbirannya, semalam.

Gerakan menukar kepimpinan Hajiji dipercayai dicetuskan beberapa pemimpin UMNO yang bekerjasama dengan Presiden WARISAN, Datuk Seri Shafie Apdal.

Susulan kegagalan cubaan yang dikenali sebagai Langkah Kinabalu itu, beberapa nama termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Pengerusi UMNO Sabah, dijangka bakal digugurkan daripada Kabinet negeri.

Rombakan kabinet, Bung Moktar bakal digugurkan

Sumber berkata selain Bung Moktar, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin juga berkemungkinan besar digugurkan daripada Kabinet.

Bagaimanapun menurut sumber terbabit, tidak semua pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah akan digugurkan.

“Perkara ini dibincangkan semalam. Namun ia bukan bermaksud (tindakan Hajiji merombak semula Kabinet) untuk berpisah dengan BN Sabah.

“Hajiji hanya mahu memastikan kerajaan negeri terus berfungsi,” katanya.

Hari ini, media melaporkan seramai tujuh ADUN UMNO Sabah menemui Hajiji selepas perjumpaan pemimpin UMNO negeri di Bangunan UMNO Sabah, petang semalam.

“Selain tujuh ADUN terbabit, sekurang-kurangnya tiga ADUN WARISAN juga bertemu Hajiji,” jelas sumber.

Turut difahamkan, Hajiji juga bakal bertemu Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) merangkap Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffry Kitingan, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden WARISAN, Datuk Darell Leiking berkata pihaknya mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

Semalam, media melaporkan semua ADUN UMNO Sabah yang diketuai Bung Moktar berkumpul di Bangunan UMNO Sabah ketika timbul spekulasi mengenai pertukaran pucuk pimpinan kerajaan negeri melalui kerjasama WARISAN dan BN.

Pada masa sama, Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijadualkan mengadakan sidang media di lokasi berasingan pada jam 4.30 petang semalam, dipercayai ada kaitan dengan spekulasi berkenaan. Bagaimanapun, sidang media ditangguhkan selepas media menunggu lebih dua jam.

Baca Lagi:
Sanggup tukar jantina jadi wanita demi dapat hak penjagaan anak
Bakal mak mertua ludah makanan sebab tak puas hati
Tanda tanya pelancong China masuk Malaysia akhirnya terjawab
CATEGORIES