RM13,000 lesap dalam akaun, pakar perubatan pertimbang ambil tindakan terhadap CIMB

RM13,000 lesap dalam akaun, pakar perubatan pertimbang ambil tindakan terhadap CIMB

RM13,000 lesap dalam akaun, pakar perubatan pertimbang ambil tindakan terhadap CIMB.

Pakar perubatan, Dr. Rafidah Abdullah sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak CIMB Bank (CIMB) berikutan kehilangan wang simpanannya sebanyak lebih RM13,000 dalam akaun pada 19 Ogos lalu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi laman sosial Twitter miliknya hari ini, malah menyeru rakyat di seluruh negara untuk berbuat demikian.

RM13,000 lesap dalam akaun, pakar perubatan pertimbang ambil tindakan terhadap CIMB

“Sehingga CIMB dan semua bank di Malaysia bersatu, saya tidak akan berhenti membuat bising. Berjuang untuk mereka yang tidak bersuara. Nampaknya Bank Negara Malaysia (BNM) tidak dapat mengawal bank.

“Sangat kecewa dengan CIMB, tidak akan transaksi tiga kali pada pukul 2 pagi tidak ada trigger (amaran)? Mestilah ‘scammer’. Kesannya hilang RM13,000,” soalnya.

Dalam pada itu, rata-rata orang ramai turut memohon agar mana-mana Ahli Parlimen membawa isu berkenaan untuk dibahaskan di Parlimen supaya dapat diatasi segera.

“Tolong bawa isu ini dalam parlimen dan perkenalkan akta untuk kekang scammer. Sekarang ini, buat laporan polis pun, polis dengan bank tak nak buat apa-apa,” kata seorang pengguna.

“Isu ini perlu dibawa ke Parlimen. Ramai yang kena terutama B40. Mereka diam sebab duit yang kena ‘scam’ bawah RM5,000. mereka tiada suara nak berurusan dengan pihak berkaitan. Itu sahaja duit yang ada,” seloroh Iamssjvmr.

Baca Lagi:

Jackpot ! Lelaki terkejut Mat Saleh beli Nissan GT-R R34 Nismo Z-Tune miliknya dengan harga RM8.8 juta

[VIDEO] Bayi baru lahir ditemui di atas sofa diselamatkan orang ramai

Kenapa ‘Kangkung’ haram ditanam di Amerika Syarikat? Lelaki ini kongsi cerita sebenar

CATEGORIES