Risau terpesong, Elfira Loy dedah maksud lirik lagu Wednesday

Risau terpesong, Elfira Loy dedah maksud lirik lagu Wednesday

Risau terpesong, Elfira Loy dedah maksud lirik lagu Wednesday,

Risau terpesong, pelakon Elfira Loy melahirkan rasa bimbang melihat ramai generasi muda melakukan cabaran tarian Wednesday yang kini menjadi ikutan dalam media sosial.

Elfira, 29, dalam satu perkongsian Instagram berpendapat tidak bagus sekiranya membiarkan generasi muda terus hanyut dengan hiburan yang menyesatkan sebegitu.

Risau terpesong, Elfira Loy dedah maksud lirik lagu Wednesday

Hal ini kerana katanya, lagu Bloody Mary yang digunakan sebagai latar tarian tular berkenaan mempunyai maksud berkaitan dengan kepercayaan dan agama lain.

“Sekiranya anda tidak membuat carian dalam Google mengenai lagu tersebut, inilah lirik tarian Wednesday.
“Jika anda rasa bagus untuk menari dan membiarkan budak-budak menari menggunakan lagu tersebut, subhanAllah, terpulang kepada anda,” kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri itu.

Hasil tinjauan Kosmo! Online, lirik lagu Bloody Mary nyanyian Lady Gaga mengandungi beberapa patah perkataan mengenai agama Kristian dan Jesus.

Sebelum ini, penyanyi Lan Solo menerima kritikan ramai apabila berkongsi video dalam Instagram memaparkan anak perempuannya melakukan cabaran tarian Wednesday.

Rata-rata menasihatkan Lan agar memahami terlebih dahulu maksud setiap bait lirik lagu berkenaan sebelum melakukan cabaran tersebut.

Terdahulu, cabaran tarian Wednesday iaitu watak dalam siri popular Netflix, Wednesday meledak dalam media sosial terutama TikTok sehingga menjadi kegilaan ramai.

Wednesday merupakan drama bersiri lakonan Jenna Ortega yang ditayangkan dalam platform penstriman Netflix sejak November lalu.

Baca Juga : 
Pengalaman paling pahit!, tandas sebelah tercirit sampai kena kain aku
Tukang masak pakai baju Perikatan Nasional pegang ‘anu’ anak kencing didapur masak undang kecaman netizen
Budak perempuan menangis disisi mayat ibu mati dibunuh
CATEGORIES