Rider Singapura kongsi rakaman video mat motor Malaysia mahu ‘pau’ duit. Suasana di Tambak Johor sentiasa dipenuhi dengan kenderaan yang keluar masuk dari Singapura ke Johor Bahru. Ini kerana ia merupakan kemudahan yang memudahkan orang ramai untuk bergerak selain melalui penerbangan.
Namun, sebuah video tular di pelbagai media sosial yang menunjukkan bagaimana wujudnya kegiatan penipuan terancang oleh penunggang motosikal dari Malaysia.
Dalam video tersebut, seorang penunggang motosikal yang dipercayai berasal dari Singapura cuba melalui laluan Tambak Johor, yang merupakan salah satu jalan darat yang menghubungkan Singapura dan Johor Bahru.
Sebaik sahaja melepasi sempadan, dia mendapati sekumpulan mat motor yang didakwa dari Malaysia kelihatan mencurigakan dan sedang memandang ke arahnya.
Ketika santai melalui laluan tersebut, sebuah motosikal telah meluru ke arahnya dengan pantas sehingga top box di belakangnya terlanggar pada cermin sisi mangsa.
Individu terbabit kemudian membuat kecoh dan dibantu oleh kawannya, yang datang untuk mengepong motosikal mangsa. Mereka kelihatan bekerjasama untuk memaksa mangsa membayar ganti rugi terhadap kerosakan yang dialami.
Nasib baik bagi penunggang motosikal dari Singapura itu kerana dia telah merakam keseluruhan kejadian menggunakan kamera 360 yang dipasang pada motornya.
Selepas mendedahkan terdapat kamera yang merakam cubaan menipu dengan memeras duit rider tersebut, kedua-dua suspek terus meninggalkan tempat kejadian kerana kegiatan sudah terbongkar.
Dalam kilang gaduh dah settel dah minta maaf
tapi bila keluar dari Singapore nak cari gaduh….Bila tunjuk Ada camera tunggu i viral lari Pula …..
Kredit video owner pic.twitter.com/iDdROHjC05
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) August 5, 2024
Perkongsian video tersebut segera menarik perhatian netizen, yang rata-rata mengecam tindakan mat motor dari Malaysia yang cuba memeras duit daripada orang lain dengan taktik penipuan kotor ini.
“Laporkan kepada polis.. kamera ada bukti,” kata seorang netizen.
“Dia memang tunggu tu.. cuba lihat dengan jelas tiga motosikal tu. Penunggang yang tengah tu memang menunjukkan kepada motosikal mangsa. Terus dia ikut.. memang dia dah target,” ujar seorang netizen lain.
“Memalukan Malaysia sahaja,” komen seorang netizen dengan nada kecewa.
Ramai yang menggesa agar penunggang motosikal tersebut membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya tindakan penguatkuasaan yang lebih ketat dapat diambil untuk mencegah kejadian seperti ini.