Rider makanan maut dilanggar kereta di lampu isyarat libat 5 buah kenderaan

Rider makanan maut dilanggar kereta di lampu isyarat libat 5 buah kenderaan

Rider makanan maut dilanggar kereta di lampu isyarat libat 5 buah kenderaan.

Seorang penghantar makanan maut dan seorang lagi penunggang motosikal parah dalam satu kejadian kemalangan selepas dilanggar oleh kereta di lampu isyarat Jalan Meru-Jalan Haji Sirat.

Kemalangan maut berkenaan dilapor melibatkan lima buah kenderaan, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu, pihaknya telah menerima laporan berhubung kemalangan melibatkan dua buah kenderaan SUV Nissan X-Trail, dua motosikal dan sebuah Proton Wira.

Rider makanan maut dilanggar kereta di lampu isyarat libat 5 buah kenderaan

“Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Nissan X-Trail di lorong ketiga hendak membelok ke kanan dan tiba-tiba sebuah lagi Nissan X-Trail yang berada di lorong keempat jalan terus ke hadapan dan berlaku pelanggaran,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Kesan dari pelanggaran tersebut telah menyebabkan dua SUV itu terbabas kemudian merempuh dua motosikal dan sebuah kereta Proton Wira.

Rider makanan maut dilanggar kereta di lampu isyarat libat 5 buah kenderaan

“Penghantar makanan seorang lelaki tempatan yang berusia 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dan penunggang sebuah lagi motosikal lelaki berumur 29 tahun mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke hospital,” kata Vijaya Rao lagi.

Kejadian kemalangan itu turut tersebar di media sosila selepas rakaman kamera dashcam sebuah kenderaan yang berada di laluan bertentangan menunjukkan dua buah SUV itu bergesal sebelum melanggar motosikal yang dinaiki mangsa.

Kedua-dua pemandu SUV yang berusi 20 dan 24 tahun itu telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang awam yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian ini diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fadli Ismail di talian 017-2141318,” ujar beliau lagi.

Baca Lagi:

Geng Isteri sanggup drive 5 jam ke Terengganu skodeng geng suami pergi ‘bujang trip’

PM tepi peniaga boleh didenda RM50,000 jika tidak pamer harga, ini cara buat aduan

Dua murid hampir diculik oleh lelaki di hadapan sekolah

CATEGORIES