Ribut petir, hujan lebat landa 10 negeri petang ini

Ribut petir, hujan lebat landa 10 negeri petang ini

Ribut petir, hujan lebat landa 10 negeri petang ini.Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di 10 buah negeri sehingga pukul 5 petang nanti.

Menerusi satu hantaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh negeri Pulau Pinang manakala beberapa kawasan di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Sabah.

“Di Kedah melibatkan kawasan Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak pula di (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Di Kelantan pula antara kawasan terjejas ialah di Jeli, Bachok, Machang dan Pasir Puteh sementara di Terengganu pula di Besut,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, bagi negeri Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Bera dan Rompin manakala bagi Negeri Sembilan di Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

“Di Melaka kawasan yang mengalami cuaca buruk di Alor Gajah dan Jasin manakala di Johor di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Bagi negeri Sabah pula antara kawasan yang terjejas ialah di Pedalaman (Kuala Penyu dan Tambunan) serta Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau),” ujarnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Baca lagi:

Akibat cemburu lelaki tetak isteri sampai mati

Dua beradik warga Malaysia dihalau keluar dari Jerman kerana vaksin Sinovac

Kisah disebalik pertumpahan darah Leftenan Adnan “leher dikelar dan isi perut terburai”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.