Ribuan rakyat Ukraine selamatkan diri, tinggalkan bandar Kyiv

1FCF62ED E5AF 4871 BFA1 C5D5227AB0A8

Ribuan rakyat Ukraine selamatkan diri, tinggalkan bandar Kyiv. Penduduk Ukraine dilaporkan mula meninggalkan ibu kota Ukraine, Kyiv sejurus selepas Rusia mengumumkan perang ke atas negara itu, lapor akhbar Daily Mail, hari ini.

Penduduk bandar dirakam memenuhi jalan-jalan utama keluar dari bandar, stesen minyak dan stesen kereta api beberapa jam selepas pengisytiharan Putin di stesen televisyen Rusia.

Realiti peperangan akhirnya menyedarkan ramai penduduk Ukraine yang pada mulanya menafikan bahawa Putin akan benar-benar menyerang.

Ribuan rakyat Ukraine selamatkan diri, tinggalkan bandar Kyiv

Ribuan penduduk kini bergegas ke sempadan barat untuk melarikan diri daripada kereta kebal yang masuk ketika Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengisytiharkan undang-undang tentera.

Letupan kedengaran di ibu negara Ukraine dan bandar utama lain berikutan pengumuman Putin bahawa operasi ketenteraan khas telah dimulakan.

Foto dan video menunjukkan warga Ukraine memandu keluar dari Kyiv pagi Khamis, ketika siren serbuan udara bergema di seluruh ibu negara.

Barisan panjang juga dilihat di stesen Metro Kyiv dengan orang ramai cuba menaiki kereta api untuk meninggalkan bandar. Ada yang hanya menuju ke stesen untuk berlindung.

Presiden Rusia itu mengumumkan tindakan itu semasa ucapan di televisyen awal pagi Khamis, berkata langkah itu adalah tindak balas kepada ancaman dari Ukraine.

Baca lagi:

Leissner dapatkan saya kerja, kata anak Najib

Gara-gara beli kambing online, RM13,500 lesap

Perbuatan tidak bermoral dua lelaki berpura-pura memijak replika seorang budak yang sedang lapar, mengundang kemarahan netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published.