Ribuan ikan cermin mati terdampar di pantai Marang

Ribuan ikan cermin mati terdampar di pantai Marang

Ribuan ikan cermin mati terdampar di pantai Marang. Seorang pengusaha kedai piza terkejut melihat ribuan ikan mati terdampar di pesisir pantai Kampung Rhu Renggeh, pada petang Rabu.

Muhammad Fadhil Mohd Zaini, 28, dari Kampung Rhu Rendang berkata, fenomena tersebut hanya disedari kira-kira jam 5.30 petang semasa dia membawa anaknya beriadah di pantai itu.

“Ikan yang terdampar ini memang banyak, boleh cecah ratus hingga ribuan ekor kerana ia boleh dilihat sepanjang saya berjalan sejauh 500 meter.
“Saya tak pasti jenis ikan sebab kurang arif tapi nampak macam ikan cermin,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini pada Khamis.
Ribuan ikan cermin mati terdampar di pantai Marang

Menurutnya, berikutan faktor cuaca tidak menentu, tiada pengunjung lain di pantai ketika itu selain dua remaja lelaki sedang mengutip ikan tersebut untuk diproses sebagai ikan masin.

Muhamamd Fadhil berkata, kejadian ribuan ikan terdampar itu kali pertama dilihatnya selepas berpindah ke kampung Rhu Rendang sejak tiga tahun.

AA14d3AL e1668750648665

“Mengikut cerita orang-orang lama yang saya jumpa di pantai, kejadian ikan mati terdampar ini sebenarnya bukan perkara baru atau pelik kerana sudah beberapa kali berlaku.

“Apabila kapal besar angkat pukat, ikan-ikan kecil akan dibuang tapi sayangnya tidak dapat hidup lalu mati dan dihanyutkan ke pantai,” katanya.

Sehingga jam 1 tengah hari Khamis, perkongsian Muhammad Fadhil tentang penemuan ikan tersebut dalam Facebook mendapat 616 tanda suka, 177 komen dan dikongsi oleh 38 pengguna lain.

Baca Lagi:
Bekas suami penyanyi belasah isteri baru sampai lembik
Tak payah tunggu Perikatan Nasional menang, ini cara mudah nak keluarkan duit KWSP dengan mudah
MH17: 2 warga Rusia, 1 warga Ukraine didapati bersalah tembak jatuh pesawat
CATEGORIES