Rezeki kahwin, abang Grab dapat jakpot jumpa pelanggan pemurah bagi tip RM500 tunai

Rezeki kahwin, abang Grab dapat jakpot jumpa pelanggan pemurah bagi tip RM500 tunai

Rezeki kahwin, abang Grab dapat jakpot jumpa pelanggan pemurah bagi tip RM500 tunai. TUAH ayam nampak di kaki, tuah di badan siapa yang tahu.

Kata pujangga di atas sesuai untuk menggambarkan bahawa rezeki boleh datang tanpa disangka-sangka.

Begitulah kisahnya untuk pasangan penghantar makanan ini yang mendapat ‘durian runtuh’ berupa wang tunai RM500 daripada seorang pelanggan berhati mulia.

Pelanggan yang dikenali sebagai Pinn Yang itu merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), KL Foodie.

Rezeki kahwin, abang Grab dapat jakpot jumpa pelanggan pemurah bagi tip RM500 tunai

Melalui video yang dimuat naik di TikTok, penghantar makanan tersebut diminta untuk memilih daripada dua helaian kertas yang tertera tawaran hadiah nilai RM100 dan RM500.

Permainan sebegitu pada mulanya menjadi ikutan terkini di aplikasi TikTok dalam kalangan pasangan romantis di mana segala pilihan yang diambil harus diikuti dan dipenuhi.

Pinn Yang pada mulanya ragu-ragu sama ada pasangan penghantar makanan itu mengikuti trend tersebut lalu bertanyakan dahulu untuk melihat reaksi mereka.

“Abang ada main TikTok ke? Pernah tengok ini ke?” soal Pinn Yang sambil menunjukkan helaian kertas yang sudah disediakannya.

Lelaki yang menjadi penunggang motosikal itu kemudiannya mengiyakan dan Pinn Yang lantas meminta dia untuk mengambil satu daripada dua helaian kertas tersebut.

Pada pilihan pertama, lelaki itu mahu menarik keluar helaian kertas dengan nilai RM100 tetapi Pinn Yang meminta lelaki itu untuk memilih semula.

Berkemungkinan kurang yakin dengan dirinya, lelaki itu meminta teman wanitanya yang sedang membonceng di belakang untuk membuat pilihan.

“Ambil je, ambil yang the best one,” kata Pinn Yang.

Wanita itu membuat pilihan tepat pada sasarannya dan menarik keluar helaian kertas yang tertulis nilai RM500.

Dapat dilihat riak wajah mereka yang terkasima apabila helaian kertas itu dipusingkan dan terpampang jumlah nilai wang yang akan diterima.

“Uishhhh,” demikian perkataan yang terpacul keluar dari mulut kedua-dua penghantar makanan itu.

Rezeki kahwin, abang Grab dapat jakpot jumpa pelanggan pemurah bagi tip RM500 tunai

Lelaki itu kemudiannya turun dari motosikal untuk memberikan Pinn Yang pesanannya dan mereka sempat berbual kosong di kesempatan itu.

“Saya buat Grab ni full-time, nak kahwin dah, kerja ini untuk kumpul duit kahwin,” kata lelaki itu menjawab soalan Pinn Yang sambil memperkenalkan dirinya sebagai Danish.

Pinn Yang seterusnya menyerahkan wang tunai berjumlah RM500 kepada Danish dan ucapan terima kasih tidak lekang dari mulutnya kerana gembira tidak terkata.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terharu dengan sumbangan yang diberikan oleh Pinn Yang.

“Abang ni baik, niat dia memang nak bagi RM500 sebab tu masa budak lelaki tu pilih RM100 abang ni tarik lagi. Sebab nak suruh pilih betul-betul. Semoga abang dimurahkan rezeki.

“Nampak abang ni memang betul-betul ikhlas nak bagi RM500 sebab dia suruh pilih kali kedua supaya rider tu kena ‘jackpot’.

“Terima kasih banyak abang semoga dimurahkan rezeki,” ujar sebahagian warga maya.

@pinn_yang Abang Grab & his gf pick the tip 🥹❤️ sweet couple! #pilihkertas #foryou #malaysia #grabfood #couple #couplegoals #valentinesday2023 #valentinegift #love #makanlokal ♬ i can’t help it – JVKE

Baca Lagi:
Agong kongsi pengalaman yang sukar dilupakan semasa pilih 4 Perdana Menteri
Warga Bangladesh hanya mampu menangis selepas dicekup khalwat dengan janda
Rakyat Malaysia ditembak di Betong
CATEGORIES