Restoran Nasi Kandar terkenal kena bayar pampasan lebih RM200,000 kepada Astro, ini sebabnya…

Photo of author

By Joe

Restoran Nasi Kandar terkenal kena bayar pampasan lebih RM200,000 kepada Astro, ini sebabnya…. Sebuah syarikat rangkaian restoran nasi kandar terkenal di negara ini terpaksa membayar sejumlah ratusan ribu ringgit selepas didapati menyiarkan kandungan dan pengisian Astro secara haram.

Menurut laporan Astro Awani, dalam penyelesaian yang dibuat melalui penghakiman persetujuan, Thaqwa (Malaysia) Sdn Bhd bersetuju untuk membayar RM221,773.20 kepada Measat Broadcast Systems Sdn Bhd — anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad — kerana melanggar syarat langganan dengan menyiarkan siaran Astro secara tidak sah di beberapa cawangan restoran milik syarikat tersebut.

Thaqwa hanya mempunyai langganan sah untuk dua premis sahaja, namun begitu, ia telah menyiarkan siaran Astro di lapan restoran miliknya tanpa kebenaran dengan menggunakan peranti seperti kad pintar dan dekoder Astro untuk tujuan tersebut.

Restoran Nasi Kandar terkenal kena bayar pampasan lebih RM200,000 kepada Astro, ini sebabnya...

Selain daripada pembayaran pampasan, Thaqwa juga bersetuju untuk memastikan langganan Astro mereka hanya digunakan di lokasi yang dibenarkan bagi menghormati hak cipta dan harta intelek Astro.

Ketua Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong berkata: “Astro sangat komited dalam usaha memerangi cetak rompak digital kerana kami tahu betapa besar kesannya terhadap industri media dan kreatif.

“Dengan mengambil tindakan undang-undang yang tegas dan melindungi hak harta intelek, Astro membantu memastikan pencipta dan artis mendapat ganjaran yang adil.
“Usaha ini penting untuk memastikan industri ini terus hidup dan berkembang, membuka ruang untuk idea dan pengisian baharu,” katanya.

Di Malaysia, adalah satu kesalahan bagi mana-mana premis komersial untuk menayangkan penyiaran kepada orang awam jika pengisian tersebut diambil secara tidak sah. Ini termasuklah penyiaran rancangan Astro tanpa lesen komersial yang sahih.

Kes yang melibatkan salah satu rangkaian restoran nasi kandar ini adalah salah satu daripada banyak kes yang sedang dikendalikan oleh Astro untuk melindungi hak harta intelek miliknya.

Sebelum ini, di Ipoh, seorang individu berusia 22 tahun didenda RM10,000 pada bulan Februari lalu selepas mengaku bersalah menjual kotak Android yang dimuatkan dengan pengisian Astro secara haram. Peranti itu ditemui dalam satu serbuan pada bulan Oktober 2023.

Baca Lagi:
Yusof Haslam terkejut dengar berita Syamsul Yusof fail cerai terhadap Ira Kazar
Polis tangkap ‘hantu’ wanita kacau pengguna jalan raya di Johor
Berjaya memukau 8000 orang, isteri dedah tenaga yang diperoleh M.Nasir ada unsur-unsur jin