Remaja perempuan cedera, leher terlilit bendera parti

Remaja perempuan cedera, leher terlilit bendera parti

Remaja perempuan cedera, leher terlilit bendera parti.  Malang tidak berbau. Begitulah nasib seorang remaja perempuan berusia 17 tahun apabila patah pergelangan kedua tangan dan luka di leher selepas terjatuh dari motosikal akibat bendera parti sepanjang 30 meter di pasang di tepi jalan terlilit di lehernya.

Bapa mangsa, Md Shahril Mahmood, 43, berkata, kejadian berlaku pada jam 5.30 petang pada 2 Mac lalu di Kampung Cahaya Baru,Pasir Gudang, di sini.

Katanya, ketika kejadian, anak sulung yang dikenali sebagai Najlaa, 17, dalam perjalanan pulang dari kedai ke kediaman keluarga terletak di Taman Kota Masai.

Dia berkata, ketika menggunakan laluan di perkampungan itu, bendera panjang yang dipasang di tepi laluan terlilit leher anaknya hingga mengakibatkan dia terjatuh daripada motosikal.

“Anak ketika itu menunggang motosikal berseorangan dan bendera parti dipasang di antara dua pokok terkena muka serta terlilit leher anak akibat angin kencang hingga menyebabkan kemalangan.

“Dia terjatuh dan patah kedua-dua pergelangan tangan selain lehernya juga mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Shahril berkata, anaknya mendapatkan rawatan di bahagian pesakit luar Hospital Sultan Ismail (HSI) dan akan menjalani rawatan susulan dalam tempoh terdekat.

Katanya, dia kecewa dengan pemasangan bendera parti berhampiran jalan raya tanpa mengira aspek keselamatan pengguna jalan raya.

“Saya bukan memfitnah atau mahu menjatuhkan imej mana-mana pihak, namun saya berharap kejadian seumpama ini tidak berulang.

“Semua parti yang bertanding seharusnya mengambil kira soal keselamatan pengguna jalan raya terlebih dulu,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Taman Scientex, Pasir Gudang pada 3 Mac lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 2 Mac lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi.

Baca lagi:

8 Warna Pelik Yang Anda Tak Pernah Tahu

Kerana tidak mahir bahasa Inggeris, pakar jantung digantung tugas

Macam tak percaya, jumpa batu permata bernilai RM13.8 juta, lelaki ini tunaikan janji buat semua penduduk setempatnya….

 

CATEGORIES