Remaja perempuan 15 tahun maut tertimbus dalam perigi selepas disuruh bapa betulkan gelung

Remaja perempuan 15 tahun maut tertimbus dalam perigi selepas disuruh bapa betulkan gelung

Remaja perempuan 15 tahun maut tertimbus dalam perigi selepas disuruh bapa betulkan gelung. Seorang remaja perempuan maut selepas tertimbus tanah ketika berada di dalam perigi bersebelahan rumahnya di Lanchang, Temerloh yang terletak kira-kira 135 kilometer dari sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada bapa mangsa pada jam 3.34 petang tadi.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, lelaki itu meminta anaknya berusia 15 tahun untuk masuk ke dalam perigi sedalam kira-kira tiga meter yang baru digali bagi membaiki gelung, namun secara tiba-tiba dinding perigi terbabit runtuh dan menimbus mangsa.

Remaja perempuan 15 tahun maut tertimbus dalam perigi selepas disuruh bapa betulkan gelung

“Mangsa berjaya dibawa keluar daripada perigi itu dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan berdekatan untuk pemeriksaan lanjut, bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Azhar berkata, mayat remaja itu kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

“Siasatan terperinci akan dijalankan dan keterangan saksi yang berkaitan akan diambil bagi melengkapkan siasatan,” katanya dan menambah kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya sentiasa peka dan lebih prihatin terhadap keselamatan anak-anak mereka serta menjauhi kawasan berisiko dalam keadaan cuaca yang tidak menentu kini.

“Sebarang kemalangan yang disebabkan kecuaian ibu bapa, tindakan boleh diambil mengikut Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Baca Lagi:
Selepas kantoi bercuti di Auckland, ini jawapan MB Terengganu
Abang Foodpanda cuak terima order tengah malam area kubur, sekali ini yang jadi
Niat nak berjimat order ‘ice water’, sekali yang sampai air bapak mahal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *