Remaja maut selepas kompresor aircond tiba-tiba jatuh atas kepala

Photo of author

By Joe

Remaja maut selepas kompresor aircond tiba-tiba jatuh atas kepala. Seorang remaja berusia 18 tahun di India meninggal dunia selepas sebuah kompresor penyaman udara jatuh dan menghempap kepalanya, lapor stesen penyiaran NDTV pada 18 Ogos 2024.

Kejadian berlaku sekitar pukul 6.40 petang (waktu tempatan) di kawasan Doriwala di Jalan Desh Bandhu Gupta, Delhi.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) lokasi kejadian menunjukkan mangsa yang bernama Jitesh, 18, sedang duduk di atas sebuah skuter sambil berbual dengan rakannya.

Remaja maut selepas kompresor aircond tiba-tiba jatuh atas kepala

Ketika kedua-duanya bertukar pelukan, sebuah kompresor penyaman udara dari tingkat dua jatuh dan mengenai mereka.
Jitesh meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya, Pranshu, 17, mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital berdekatan.

Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Baca Lagi:
Buat pesta ‘clubbing’ depan masjid dikecam netizen
Presiden Persatuan Badminton Malaysia letak jawatan
Atlet Taekwondo Terengganu gemparkan warganet umum masuk Islam selepas menang pingat emas SUKMA 2024