Remaja buat ‘live’ tikam 5 mangsa di tempat awam. Di Ankara, Turkiye, seorang remaja lelaki yang terlalu taksub dengan permainan video berunsurkan keganasan telah menikam lima mangsa secara rambang.
Lelaki tersebut yang memakai jaket kalis peluru dan topi keledar, telah menyiarkan serangannya secara langsung di media sosial dengan nama Skreewie.
Skreewie sebelum ini sering menyahut cabaran daripada pengikutnya untuk melakukan serangan dalam permainan video, dengan tugasan khas diberikan untuk meraih ‘gift’ dan derma daripada pengikutnya.
Pada hari tersebut, dia memutuskan untuk melakukan serangan di dunia nyata dengan harapan pengikutnya akan terhibur dan memberikan lebih banyak derma kepadanya.
Dia turut memakai topeng muka dan membawa pisau serta kapak ketika memasuki Demirbaş Park.
Menurut laporan Daily Sabah dari Turkiye, remaja lelaki berusia 18 tahun itu, dikenali sebagai Arda K, telah menyerang mangsanya ketika mereka berada di kafe di hadapan sebuah masjid.
Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya berkata, polis tempatan telah menjalankan siasatan dan lelaki tersebut telah pun ditahan.
Menteri Keluarga dan Perkhidmatan Sosial, Mahinur Ozdemir Goktas, berkata punca kejadian itu adalah ketagihan lelaki tersebut terhadap permainan video.
Dia berada di bawah pengaruh permainan video tersebut ketika melakukan serangan dan menganggap tindakannya sebagai satu bentuk keseronokan.
Ozdemir Goktas mendoakan agar semua mangsa cepat sembuh dan menasihati semua pihak tentang bahaya ketagihan permainan video digital.
Beliau turut berpesan kepada ibu bapa supaya sentiasa memantau anak-anak kecil dan remaja mereka mengenai keburukan ketagihan permainan video. Ketagihan ini boleh mempengaruhi pemikiran dan minda mereka jika terlalu taksub.
Footage of the arrest of today’s Mass Stabber in Turkey, his name is supposedly “Arda K.” Online as “skreewie” he injured 5 people before being detained. https://t.co/HplsQPh4mo pic.twitter.com/yZg2PpjRS5
— UnboundedLife (@unboundedlife1) August 12, 2024