Remaja 18 tahun cipta boom buatan sendiri dari Youtube dan letupkan tempat awam

rayong e1648871534709

Remaja 18 tahun cipta boom buatan sendiri dari Youtube dan letupkan tempat awam.

Polis Thailand menahan seorang lelaki yang didakwa membuat sembilan butir bom dan meninggalkannya berselerakan di jalan utama di bandar Rayong malam selasa lalu, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Sebutir bom itu dilaporkan meletup, manakala lapan yang lain dimatikan oleh polis Rayong Rabu lalu. Polis menggunakan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) untuk mengesan dan memberkas suspek.

Semasa soal siasat, suspek memberitahu bahawa dia mempelajari cara membuat bom itu di laman perkongsian video, YouTube.

rayong

Suspek yang merupakan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun telah ditahan kelmarin. Dia mengaku membuat bom-bom itu dan meninggalkannya berselerakan di jalan empat lorong Choeng Neon-Chakok.

Sebelum itu, seorang lelaki tempatan mendakwa mendengar bunyi letupan sekitar tengah malam Rabu lalu dan menemui baki lapan bom itu ketika dia keluar untuk membuat pemeriksaan.

Pasukan Pemusnah Letupan Rayong bertindak mengalihkan bom-bom itu lalu mematikannya.

Remaja tersebut bertindak meletakkan sembilan butir bom buatan sendiri di dalam beg galasnya lalu membawanya ke tempat kejadian dengan menunggang sebuah motosikal jenis Honda Dream.

Ketika tiba di lokasi kejadian, dia melempar sebutir bom yang kemudiannya meletup. Dia cuba melarikan diri dan meninggalkan lapan bom lain di tempat kejadian.

Lelaki itu berdepan dua pertuduhan iaitu memiliki bahan letupan dan menyebabkan letupan yang berbahaya kepada orang lain.

Baca Lagi:

KWSP: Ramai yang pening dan keliru, kalau keluarkan RM10,000 kena ganti RM12,000 ke? Ini jawapannya…

Tak cakap banyak, suami tikam isteri tengah bogel atas katil bersama lelaki lain

Ibu bapa terkejut, ingatkan dapat anak kembar, rupanya anak kepala dua

Leave a Reply

Your email address will not be published.