Remaja 14 tahun tiba-tiba rebah dan meninggal dunia ketika perlawanan bola sepak

Photo of author

By Joe

Remaja 14 tahun tiba-tiba rebah dan meninggal dunia ketika perlawanan bola sepak. Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun telah meninggal dunia semasa bermain dalam satu perlawanan bola sepak di padang bola di Semenyih, Kajang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusuf, berkata mangsa dikatakan tiba-tiba rebah semasa perlawanan sedang berlangsung pada separuh masa pertama.

Beliau berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima oleh pihak polis pada jam 4.08 petang kelmarin daripada seorang lelaki berusia 46 tahun yang merupakan jurulatih sebuah kelab bola sepak.

Remaja 14 tahun tiba-tiba rebah dan meninggal dunia ketika perlawanan bola sepak

Hasil siasatan mendapati bahawa semasa kejadian, mangsa yang sedang bermain dalam perlawanan bola sepak tiba-tiba rebah sebelum dikejarkan ke sebuah klinik berhampiran.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut tetapi disahkan meninggal dunia pada jam 2.04 petang hari yang sama, menurut kenyataan hari ini.

Naazron berkata, hasil bedah siasat oleh pakar perubatan mengesahkan bahawa mangsa mengalami masalah komplikasi jantung dan asma.

“Ketika kejadian, ibu bapa mangsa tidak ada bersamanya, dan siasatan mendapati mangsa memang biasa bermain bola sepak walaupun menghidap asma sejak kecil, namun keadaannya dikatakan tidak serius.

“Berikutan insiden ini, semua pihak, terutama ibu bapa, dinasihatkan supaya membawa anak mereka untuk pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai mana-mana kejohanan atau aktiviti sukan.

“Ini adalah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dan memastikan kejadian seperti ini tidak berulang,” katanya.

Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut atau SDR.

Baca Lagi:
Ular sawa jantan lahirkan 14 anak tanpa mengawan mengejut orang ramai
“Biasa beraksi dalam Olimpik je..”- Tular video atlet negara buat aksi tak senonoh dijual dengan harga RM30
Jakpot untuk warga B40, amoi ini mahu cari calon suami yang bergaji bawah RM3,000