Remaja 14 tahun kantoi menyamar sebagai kakitangan Hospital Serdang selama seminggu

Photo of author

By Joe

Remaja 14 tahun kantoi menyamar sebagai kakitangan Hospital Serdang selama seminggu. Polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyiasat dakwaan seorang remaja berusia 14 tahun yang didakwa menyamar sebagai kakitangan Hospital Serdang, Kajang.

Remaja tersebut dilapor telah ‘bertugas’ di hospital awam itu selama seminggu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan dijalankan berdasarkan laporan polis yang dibuat di Balai Dato Abu Bakar Baginda, Kajang.

Remaja 14 tahun kantoi menyamar sebagai kakitangan Hospital Serdang selama seminggu

Setakat laporan ini ditulis, maklumat lanjut mengenai kes tersebut masih belum tersedia.

Sementara itu, seorang pegawai kanan KKM memberitahu bahawa mereka tidak akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini buat masa ini kerana siasatan masih berjalan.

“KKM tidak mahu mengganggu proses yang masih berjalan,” kata pegawai tersebut yang enggan namanya didedahkan.

Baca Lagi:
Guru kongsi kisah sedih, murid minta bacakan Quran sebelum meninggal dunia
Ramai yang tak tahu, ini cara nak dapatkan minyak ‘free’ di Petronas
Wanita cipta rekod ‘wheelie’ motosikal mengundur dalam ladang sawit