Reen Rahim sah bergelar isteri ahli perniagaan berusia 28 tahun

Reen Rahim sah bergelar isteri ahli perniagaan berusia 28 tahun

Reen Rahim sah bergelar isteri ahli perniagaan berusia 28 tahun. Tahniah diucapkan buat pelakon Reen Rahim yang selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.05 malam tadi di Boraombak Marina, Putrajaya.

Memetik mStar Online, pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.

Pada majlis tersebut, Reen menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta set barangan kemas serta lima dulang hantara yang turut sama dibalas oleh pengantin perempuan.

Reen Rahim sah bergelar isteri ahli perniagaan berusia 28 tahun

Difahamkan, pasangan pengantin itu bakal diraikan dalam satu majlis resepsi yang akan diadakan di Ruscus Hall Forest Valley, Cheras esok.

Sebelum ini, Reen meluahkan rasa syukur mendapat penajaan sebanyak RM15 juta dalam pelbagai bentuk untuk ketiga-tiga majlis perkahwinanya nanti.

Reen turut berkongsikan dia sudah pun mengikat tali pertunangan dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu namun merahsiakannya atas permintaan keluarga.

Baca Lagi:
20 tahun setia kerja tebar roti canai di Malaysia, ane sebak bila nak tinggalkan Malaysia terpaksa pulang ke India
Suka tinggal di Malaysia, Minah Salleh ini beri 5 sebab kenapa suka Malaysia buat netizen terkejut
Dulu gaji masyuk sampai beli 7 buah kereta mewah, sekarang ini yang terjadi pada pemain bola sepak Kedah ini
CATEGORIES