Rebus ketam dalam cerek elektrik, pelanggan hotel diarah bayar ganti rugi RM1,340

Rebus ketam dalam cerek elektrik, pelanggan hotel diarah bayar ganti rugi RM1,340

Rebus ketam dalam cerek elektrik, pelanggan hotel diarah bayar ganti rugi RM1,340.

Seorang pelanggan hotel di Jepun diarah membayar ganti rugi 40,000 yen (RM1,340) kerana menggunakan cerek elektrik di bilik penginapannya untuk merebus ketam, lapor laman berita Sora News 24.

Pihak pengurusan hotel berkata, makanan yang dimasak pelanggan berkenaan menghasilkan bau yang sukar dihilangkan, menyebabkan mereka tidak dapat menyewakan bilik itu selama beberapa hari.

Namun, pelanggan tersebut menafikan dakwaan pihak hotel dan berkata, selang masa beberapa hari wujud kerana mustahil bilik yang disewanya itu akan menerima tempahan setiap hari selepas dia keluar.

hotel guest

Tindakan merebus ketam oleh pelanggan hotel tersebut menyebabkan bilik yang disewanya mempunyai bau yang tidak dapat dihilangkan selama beberapa hari – Gambar hiasan

Pihak hotel kemudian mengakuinya lalu mengurangkan ganti rugi kepada 17,000 yen (RM569) untuk kos penyahbauan bilik dan 5,000 yen (RM167) untuk menggantikan cerek baharu.

Pelanggan itu bagaimanapun masih tidak puas hati lalu mendakwa bahawa penapis udara telah dipasang semasa dia memasak dan tiada peraturan bertulis di bilik berkenaan yang melarangnya memasak ketam menggunakan cerek.

‘Mahkamah pendapat umum’ (netizen) sementara itu sebulat suara bersetuju dengan pihak hotel dalam kes tersebut.

Mengenai liabiliti undang-undang dalam kes tersebut, portal Bengoshi Dot Com mendapatkan seorang peguam untuk menjelaskan mengenai tindakan pelanggan terbabit.

Kata peguam berkenaan, apabila menyewa bilik hotel, pelanggan akan menandatangani kontrak yang mewajibkan mereka untuk tidak terlibat dengan tingkah laku yang boleh merosakkan bilik. Selain itu, air cerek elektrik kebiasaannya diguna untuk membancuh minuman seperti teh dan kopi.

Jadi, sesiapa yang menggunakannya untuk tujuan tidak normal seperti membersihkan seluar dalam, bermain besbol dan memasak haiwan dilihat bertanggungjawab membuat kerosakan kepada harta hotel yang didiami.

Baca lagi: 

6 tahun hidup penuh rasa malu zakar tergantung pada lengan, kini lelaki ini terima zakar baru

Aksi tidak senonoh lelaki onani dalam tren, lelaki gila seks diberkas

DJ Soda diarah tanggalkan seluar di Airport

CATEGORIES