Rayuan akhir Najib : Ada peguam lain pula muncul nak bantu Najib selepas Shafee

Rayua Sepanjang 12 tahun dipenjara, Najib boleh bayar bila-bila masa denda RM210 juta Najib : Ada peguam lain pula muncul nak bantu Najib selepas Shafee

Rayuan akhir Najib : Ada peguam lain pula muncul nak bantu Najib selepas Shafee.

Selepas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah muncul secara tiba-tiba untuk membantu prosiding rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak, Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa, sekali lagi dikejutkan dengan kehadiran peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Firoz pada awalnya berada di galeri awam memasuki ruang mahkamah dan duduk di belakang Hisyam Teh Poh Teik selaku peguam utama bekas Perdana Menteri itu.

Ketika prosiding di hadapan lima panel dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Firoz memaklumkan bahawa, Muhammad Shafee tidak dapat mengemukakan hujahan pada Selasa.

Rayuan akhir Najib : Ada peguam lain pula muncul nak bantu Najib selepas Shafee

“Saya diminta hadir untuk membantu Hisyam berhujah dan memohon supaya prosiding ditangguhkan selepas rehat tengah hari ini,” katanya.

Turut bersidang ialah empat panel hakim iaitu Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Mendengar perkara itu, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram bangun membantah.

Menurutnya, semakin lama semakin ramai yang masuk ke mahkamah dalam prosiding ini.

Tengku Maimun kemudian menolak permohonan Firoz dan menyatakan mahkamah akan membuat keputusan selepas mahkamah rehat tengah hari.

Menurut beliau, Hisyam sudah mengemukakan hujahan lengkap dan menyeluruh maka mahkamah berpendapat bahawa hujahank lanjut tidak diperlukan.

Prosiding ditangguhkan untuk keputusan notis usul pada jam 2 petang ini.

Baca Lagi:

Tidak sampai lima minit Muhammad Shafee membuat kemunculan di Mahkamah Persekutuan, ini pula yang berlaku

Rayuan akhir Najib kes SRC : Shafee buat kemunculan mahu bela Najib

Najib kemuka permohonan gugur ketua hakim negara, ini yang sedang berlaku sebenarnya

Leave a Reply

Your email address will not be published.