Ratusan penyokong Najib sanggup menunggu pukul 7 pagi di pintu belakang Istana Kehakiman

Ratusan penyokong Najib sanggup menunggu pukul 7 pagi di pintu belakang Istana Kehakiman

Ratusan penyokong Najib sanggup menunggu pukul 7 pagi di pintu belakang Istana Kehakiman.

Ratusan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup menunggu bekas Perdana Menteri itu sejak pukul 7 pagi tadi di pintu belakang Istana Kehakiman di sini walaupun hujan lebat.

Difahamkan mereka yang hadir pada hari ini merupakan ahli UMNO dari kawasan Pekan yang menaiki enam buah bas dari Pekan, Pahang kira-kira pukul 12.45 tengah malam tadi dan tiba di Putrajaya sekitar pukul 6 pagi.

Salah seorang daripada penyokong yang enggan namanya disiarkan berkata, tujuan kedatangan mereka adalah untuk memberi sokongan moral kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

Ratusan penyokong Najib sanggup menunggu pukul 7 pagi di pintu belakang Istana Kehakiman

“Kami dah ada di sini sejak pukul 7 pagi tadi selepas tiba dari Pekan. Kami mahu beri sokongan kepada Datuk Seri,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Rata-rata penyokong yang setia menunggu kedatangan Najib itu sesekali turut melaungkan ‘Bossku’ dan ‘Allahuakhbar’.

Prosiding rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan hari ini bakal menentukan nasib Najib sama ada bekas Perdana Menteri itu dapat mengetepikan hukuman penjara dan denda dalam kes penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn. Bhd ataupun sebaliknya.

Pada prosiding hari ini, difahamkan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan berhak memutuskan terus rayuan akhir Najib memandangkan peguam­nya, Hisyam Teh Poh Teik sejak Khamis lalu menyatakan tidak akan mengemukakan sebarang hujahan pada rayuan tersebut.

Baca Lagi:

Najib lafaz sumpah laknat

Pekerja kilang maut tersepit rantai mesin buah kelapa sawit

Sebelum tinggalkan rumah, kena letak duit syiling dalam ‘freezer’, ini sebabnya yang ramai belum tahu

CATEGORIES