Ratusan anggota polis berpangkat tinggi di Filipina diarah letak jawatan

Ratusan anggota polis berpangkat tinggi di Filipina diarah letak jawatan

Ratusan anggota polis berpangkat tinggi di Filipina diarah letak jawatan. Ratusan anggota polis berpangkat tinggi di Filipina diarah meletak jawatan hari ini, sebagai langkah kerajaan untuk membersihkan pegawai dalam perkhidmatan itu yang terpalit dengan pengedaran dadah.

Menteri Dalam Negeri, Benjamin Abalos, mengarahkan kesemua anggota polis berpangkat kolonel dan jeneral membabitkan keseluruhan kira-kira 300 pegawai supaya ‘ikhlas’ meletakkan jawatan mereka.

Katanya, ia selepas siasatan mendapati terdapat segelintir anggota berkenaan terbabit dengan kegiatan narkotik.

Ratusan anggota polis berpangkat tinggi di Filipina diarah letak jawatan

Jelas Abalos, mereka boleh memilih untuk terus bekerja, sementara rekod mereka dinilai oleh jawatankuasa dianggotai lima ahli.

Bagi yang bersalah, tegasnya mereka perlu menerima peletakan jawatan.

“Jika anda tidak terbabit, tiada apa yang perlu dirisaukan.
“Sesiapa yang tidak mengemukakan peletakan jawatan mereka akan dipersoalkan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat polis negara di sini.

Mengulas langkah itu, Abalos menyifatkan ia sebagai radikal dan ‘jalan pintas’ selepas siasatan sebelum ini terhadap pegawai yang didakwa terbabit dengan rasuah, mengambil masa lama dan menghasilkan sedikit keputusan.

“Ini adalah satu-satunya cara untuk membersihkan barisan ini dengan cara yang pantas.

“sukar untuk berperang apabila sekutu anda yang akan menembak anda dari belakang,” tegasnya.

Dikatakan, ia bukan kali pertama pendekatan kejam seperti itu digunakan untuk membersihkan perkhidmatan polis Filipina.

Pada awal 1990-an, bekas Presiden, Fidel Ramos bertindak keras terhadap polis dengan mengarahkan semua pegawai berumur lebih 56 tahun atau lebih 30 tahun dalam perkhidmatan meletak jawatan.

Ia termasuk peletakan jawatan oleh ketua polis negara dan sembilan pegawai kanan lain.

Baca lagi :
“Saya cuma nak suami tanggungjawab pada anak”, wanita sedih minta suami datang azankan bayi tapi tak dilayan
Cikgu buat live masa spotcheck asrama, habis kantoi netizen datang komen siap bongkar tempat sembunyi barang
JPN sahkan ayah masih hidup, post cari ayah dekat FB, tiba-tiba ada wanita call bagitahu sesuatu buat aku terkejut
CATEGORIES