Rasa seperti mati hidup semula, Diva AA akhirnya sembuh dari sihir tapi tetap pendirian bermulut laser

Rasa seperti mati hidup semula, Diva AA akhirnya sembuh dari sihir tapi tetap pendirian bermulut laser

Rasa seperti mati hidup semula, Diva AA akhirnya sembuh dari sihir tapi tetap pendirian bermulut laser. Selebriti Sensasi, Azwan Ali memaklumkan karakternya tidak akan berubah sepenuhnya walaupun kini sudah sembuh akibat disihir oleh individu yang dikenali dalam industri.

Walaupun dirinya menjadi sasaran penangan ilmu hitam, Azwan yang mesra disapa Diva AA berkata, ia akan kekal menjadi memori buruk untuk dikenang.

Pada masa sama, dia turut melayangkan ucapan terima kasih kepada individu berkenaan sebagai tanda tidak mahu menyimpan sebarang dendam.

Rasa seperti mati hidup semula, Diva AA akhirnya sembuh dari sihir tapi tetap pendirian bermulut laser

“Saya dinasihatkan oleh ustaz yang merawat supaya tidak berdendam. Ia akan menjadi memori negatif tetapi tidak bermakna ia akan mengubah diri saya 100 peratus.
“Saya tetap akan lantang dengan sebarang isu semasa kerana konsep ‘makikan sahaja’ sudah sebati sebab dari dulu memang saya akan menentang perkara tidak masuk akal,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Azwan berkata, dia sama sekali tidak akan menyentuh isu melibatkan 3R iaitu raja, agama dan kaum di sebalik kelantangan bersuara.

“Saya bukan meroyan tidak tentu fasal. Saya akan terus ‘bantai’ sebarang isu sebab bukan buat fitnah. Makian juga adalah bertujuan untuk berlaku perubahan.
“Terpulang pada masing-masing untuk menilai diri ini. Saya akui ramai yang nampak niat sebenar (bermulut laser), contohnya seperti perkhidmatan yang kurang bagus. Ada pengurus kedai sendiri pernah minta maaf. Saya bukan bising semberono,” jelasnya.

Sementara itu, berkongsi pengalaman menjalani rawatan perubatan Islam di Melaka, Azwan berkata, dia bersyukur kerana dirinya masih kuat menahan ‘kesakitan’.

Sekiranya lemah, katanya, sudah tentu dia akan mudah dirasuk oleh makhluk halus yang dikatakan ‘menumpang’ dalam tubuh badannya.

“Rasa sakit di bahagian leher, dada dan kaki. Di bahagian ada seperti terdengar bunyi letupan terlalu kuat sehingga buat saya terperanjat dan sakit.

“Di kaki juga rasa terlalu sakit, rasa seperti dicincang-cincang. Alhamdulillah, bacaan ayat kursi dan ruqyah banyak membantu. Semuanya dengan izin Allah SWT.

“Pendedahan ini adalah pengajaran untuk semua kerana jangan main-main dengan sihir. Saya anggap ini adalah ujian dan peristiwa ini membuatkan saya lebih sedar diri. Rasa seperti mati hidup semula,” kongsinya.

Baru-baru ini, Azwan membuat pendedahan mengenai dirinya disihir dan ‘serangan’ tersebut kerap dialami pada tengah malam, terutamanya selepas pukul 3 pagi.

Baca Lagi:
Komen netizen buat ramai gelak pecah perut, tebar roti canai ‘terbang’ hinggap atas muka bayi
Ramai tak sangka rupanya Malaysia ada 5 undang-undang pelik yang ramai rakyat tak tahu
Hanya ada 25 unit sahaja di dunia, Aeril Zafrel hadiahkan Brabus 900 Rocket Edition bernilai RM2.8 juta kepada Wawa Zainal
CATEGORIES