Rangka ayam goreng penuh isi perut, hasrat sebuah keluarga berbuka bertukar menjadi igauan mimpi ngeri

WhatsApp Image 2022 04 06 at 10.57.41 AM

Rangka ayam goreng penuh isi perut, hasrat sebuah keluarga berbuka bertukar menjadi igauan mimpi ngeri.

Hasrat sebuah keluarga menikmati rangka ayam goreng tepung ketika berbuka bertukar menjadi igauan mimpi ngeri apabila hidangan itu disifatkan sebagai kotor ekoran tidak dibersihkan sebaiknya.

Lebih menjijikkan, rangka ayam goreng yang dibeli di salah sebuah pasar Ramadan itu juga dikatakan masih mempunyai isi perut selain organ lain tidak dibersihkan termasuk pedal.

Menurut ciapan seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @pikasekri, pihaknya berasa sedih terhadap sikap peniaga yang menjual rangka ayam dalam keadaan kotor seperti itu.

“Sampainya hati jual dekat orang berpuasa macam ini. Abah beli rangka ayam RM5 dekat bazar Ramadan, bila mahu berbuka kami terkejut kerana dalam rangka ayam itu penuh isi perut, pedal pun tidak cuci.

“Emak tidak puas hati, jadi emak potong (pedal). Memang betul tidak siang, rezeki bagi kucing dengan anjing saja makan. Kalau tidak mampu jual, jangan aniaya orang begini,” tulisnya.

Ciapan wanita itu mendapat lebih 2,382 tanda suka selain diulang ciap hampir 3,729 pengguna Twitter setakat pukul 10.30 pagi tadi.

Sementara itu, rata-rata netizen turut bersimpati dengan situasi dialami wanita itu dengan menyifatkan tindakan peniaga rangka ayam itu sebagai tidak wajar.

“Pengotor, jika tak sokong peniaga, kata kami dengki kepada Melayu pula,” jelas @bazziness.

“Bulan puasa sudah buat jahat, nanti tuhan balas berkali ganda tidak takut ke makan duit orang tidak ikhlas,” ujar @lamreen.

“Sedihnya, tidak boleh tengok makanan macam ini, lebih-lebih lagi kalau ayah yang beli,” kata @kalzainal.

Baca Lagi:

Pesara polis buat kerja gila tembak kucing ditempat awam, ini punca sebenarnya

Penumpang jerit dan menangis, pesawat Malaysia Airlines Kuala lumpur-Tawau tiba-tiba terjunam!

Tiga anak melayu kini berjaya di UK bisnes Ganja, kalau dekat Malaysia comfirm kena gantung!

Leave a Reply

Your email address will not be published.