Ramai yang tidak tahu ubat penawar paling mujarab bagi demam, batuk dan selsema adalah ‘GARAM’

Ramai yang tidak tahu ubat penawar paling mujarab bagi demam, batuk dan selsema adalah ‘GARAM’

Ramai yang tidak tahu ubat penawar paling mujarab bagi demam, batuk dan selsema adalah ‘GARAM’.  Ramai yang tidak selesa bila badan mulai panas. Ditambah batuk dan selsema yang hadir dalam pakej yang sama.

Bagi yang bekerja, kita akan bertemu doktor untuk dapatkan ubat selain surat sijil sakit. Masalah batuk, selesema dan demam ini adakalanya melarat ke dua tiga hari. Paling kasihan jika melibatkan kanak-kanak.

Ternyata perkongsian dari Public Health Malaysia mengenai khasiat GARAM yang mana ia merupakan penawar bagi demam, batuk dan selsema buatkan terfikir-fikir tentang khasiatnya.

Ramai yang tidak tahu ubat penawar paling mujarab bagi demam, batuk dan selsema adalah garam

Baca perkongsian ini.

Sekiranya anda mengalami demam selsema ( demam/ batuk/ sakit tekak/ selsema), air garam merupakan antara rawatan yang berkesan dan mudah.

Bagaimana ia bertindak?

Sel tubuh akan menggunakan klorida dari garam untuk menghasilkan hypoclorus acid , iaitu cecair peluntur yang berfungsi sebagai pemusnah virus.

Untuk masalah selsema, titiskan air garam di hidung. Selain membunuh virus, ia juga berfungsi sebagai agen mencairkan mukus pekat yang menyumbat saluran pernafasan.

Bagi gejala sakit tekak dan batuk, kumur air garam 3 kali sehari untuk melegakan gejala dan merawat jangkitan.

Ramai yang tidak tahu ubat penawar paling mujarab bagi demam, batuk dan selsema adalah 'GARAM'

Hasil kajian ringkas penyelidik mendapati, dengan menggunakan kaedah ini,

– jangkitan dapat sembuh lebih pantas dalam tempoh kurang 2 hari.
– risiko menyebarkan kuman kepada orang lain di kurangkan
– dapat mengelakkan dari perlu mendapatkan rawatan di klinik dan menjimatkan kos
– dapat mengelakkan penyalahgunaan antibiotik

Secara purata, seorang individu akan mengidap demam selsema 3 kali setiap tahun. Selain menyebabkan rasa tidak selesa, komplikasi serius seperti pnemonia juga boleh berlaku.

Dapatkan pemeriksaan lanjut jika masih tidak sembuh atau keadaan semakin teruk.

Baca Lagi:

KFC kena ‘serang’ lagi! tapi kali ni bukan Kak Long….

Wanita yang kematian suami dibenarkan bekerja dari rumah – PM

Covid-19 boleh menyebabkan otak mengecut, hilang ingatan

CATEGORIES
TAGS