Ramai yang tak tahu, waktu Malaysia pernah diubah sebanyak 6 kali dalam sejarah

Photo of author

By Joe

Ramai yang tak tahu, waktu Malaysia pernah diubah sebanyak 6 kali dalam sejarah. Tun Mahathir, ketika menerajui kepimpinan kerajaan Malaysia, banyak melakukan perubahan yang menongkah arus perdana. Salah satu perubahan kontroversi yang beliau pernah lakukan adalah mempercepatkan masa.

Ya! Mempercepatkan masa.

Pada 31 Disember 1981, jam 11:30 malam, jutaan rakyat Malaysia menyaksikan jam di menara Bangunan Sultan Abdul Samad dipercepatkan 30 minit menjadi jam 12 tengah malam. Semua jam di semenanjung Malaysia juga diarah untuk berbuat demikian.

Ramai yang tak tahu, waktu Malaysia pernah diubah sebanyak 6 kali dalam sejarah

Kenapa hanya di semenanjung sahaja?

Sebelum tarikh keramat itu, zon masa di Malaysia Barat (MB) dan Malaysia Timur (MT) tidak selaras. MB menggunakan GMT+7.30, manakala MT menggunakan GMT+8. Untuk memudahkan urusan rasmi dan pentadbiran ekonomi negara, Tun Mahathir mahu waktu di seluruh Malaysia diselaraskan.

Beliau telah memilih GMT+8 untuk dijadikan Waktu Piawai Malaysia (WPM). Memandangkan MT sudah pun menggunakan GMT+8, hanya jam di MB yang terlibat dalam penyelarasan waktu tersebut.

Namun begitu, ramai yang mempertikaikan pemilihan GMT+8 sebagai WPM. Bukankah pusat ekonomi Malaysia pada ketika itu adalah di Kuala Lumpur? Mengapa tidak diselaraskan kepada GMT+7.30?

Pilihan Tun Mahathir itu mengambil kira pengaruh ekonomi yang lebih meluas. Kuasa ekonomi besar di rantau ASEAN seperti Hong Kong, China, dan Taiwan menggunakan zon masa GMT+8. Oleh itu, berada pada zon masa yang sama dengan kuasa-kuasa ini dianggap akan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing.

Anjakan 30 minit ke hadapan ini telah menjadikan waktu MB sedikit pelik berbanding waktu di bandar-bandar lain yang terletak berhampiran garis khatulistiwa.

Pelik bagaimana?

Di Khatulistiwa, secara ideal, pertukaran siang dan malam berlaku sekitar jam 6 pagi dan 6 petang. Ini menjadikan siang dan malam sama panjang dalam tempoh masa, iaitu masing-masing 12 jam.
Siang berlangsung dari 6 pagi hingga 6 petang, jadi pertengahan waktu siang adalah jam 12. Oleh sebab itu, jam 12 digelar “tengah hari”.

Malam berlangsung dari 6 petang hingga 6 pagi, jadi pertengahan waktu malam adalah jam 12. Oleh sebab itu, jam 12 digelar “tengah malam”.

Di bandar-bandar yang terletak berhampiran Khatulistiwa—seperti Somalia, Jakarta, Makassar, Bandar Seri Begawan, serta Kota Kinabalu dan Labuan—matahari terbit sekitar jam 6 pagi dan terbenam sekitar jam 6 petang. Ini hampir ideal.

Namun, di Kuala Lumpur dan bandar-bandar di Malaysia Barat, matahari terbit sekitar jam 7 pagi dan terbenam sekitar jam 7 petang. Pelik, kan?

Oh ya! Tun Mahathir bukanlah orang pertama yang mengubah waktu di Malaysia. Semasa zaman penjajahan, beberapa kali zon waktu di rantau ini diubah. British pernah mengarahkan penggunaan zon waktu GMT +7. Semasa penjajahan Jepun, kita menggunakan GMT +9, selaras dengan zon masa Tokyo.

Penyelarasan zon masa bukanlah sesuatu yang hanya berlaku di Malaysia. Demi kepentingan ekonomi dan pentadbiran, Singapura juga terpaksa bergerak 30 minit ke hadapan pada penghujung tahun 1981.

Bayangkan jika Singapura kekal menggunakan GMT +7.30. Ini akan menyusahkan rakyat Johor yang bekerja di seberang tambak. Setiap hari, selepas melalui kaunter imigresen, mereka perlu menyelaraskan semula jam tangan. Atau mungkin memakai jam di kedua-dua belah tangan—kanan untuk waktu Malaysia dan kiri untuk waktu Singapura. Hahaha.

Selain itu, pada tahun 2001, Thailand juga pernah bercadang menukar zon waktunya daripada GMT +7 kepada GMT +8, tetapi cadangan itu tidak terlaksana. Malah, usul tentang penyeragaman zon waktu negara-negara ASEAN pernah diketengahkan, dan zon waktu yang dipilih dalam usul itu adalah GMT +8.

Patutlah orang semenanjung sering terlambat datang ke temujanji. Mungkin mereka terlupa untuk cepatkan jam 30 minit pada tahun 1981 itu.

Baca Lagi:
2 lelaki maut motosikal bertembung nak elak asap penduduk bakar sampah
“Sejak kahwin tak pernah balik kampung sebab setiap tahun beranak”, Wanita umur 36 tahun ada anak 11 orang raih perhatian ramai
Lubang gergasi dianggap ‘pintu ke neraka’ mula membesar 3 kali ganda