Ramai yang tak tahu koleksi tudung isteri yang dah meninggal dikira harta pusaka, tidak boleh sedekah kepada orang lain

Photo of author

By Joe

Ramai yang tak tahu koleksi tudung isteri yang dah meninggal dikira harta pusaka, tidak boleh sedekah kepada orang lain. Wanita dan fesyen tidak dapat dipisahkan. Walaupun sudah terkumpul banyak koleksi di dalam almari, tetapi jiwa wanita seringkali berasa tidak cukup.

Lantaran itu,lambakan pakaian dan tudung tersimpan rapi begitu sahaja.

Koleksi pakaian dan tudung ini dilihat seperti normal pada pandangan tetapi menurut Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya, jika seorang wanita sudah meninggal dunia, koleksi-koleksi tersebut tidak boleh disedekahkan.

Ramai yang tak tahu koleksi tudung isteri yang dah meninggal dikira harta pusaka, tidak boleh sedekah kepada orang lain

Beliau mengulas tentang isu ini apabila ada individu yang bertanyakan mengenai koleksi tudung isterinya yang berjumlah 164 helai.

Pengadu bertanyakan jika isterinya meninggal,adakah dia boleh sedekahkan kesemua koleksi tudung isterinya memandangkan kedua-dua anaknya adalah lelaki.

“Kalau isteri dia mati, dia tidak boleh sedekah pada orang lain tudung tu kerana setiap benda yang bermanfaat jadi harta pusaka. Pemikiran kita, harta pusaka ni duit, tanah, rumah. Segala-galanya dikira harta pusaka selagi boleh diguna dan dipakai oleh orang lain.
“Jika semua waris setuju untuk sedekah, baru boleh sedekah. Bila meninggal, harta tu menjadi milik Allah sebab tu waris tak boleh buat suka-suka,” katanya.

Menurut Ustaz Azhar Idrus lagi, bukan mudah untuk waris menerima satu-satu harta pusaka dengan mudah. Waris perlu melalui beberapa perkara seperti menyelesaikan beberapa hutang.

“Bila jadi hak waris? Lepas melalui dua perkara. Yang pertama bayar hutang agama, yang kedua bayar hutang manusia. Dan yang ketiga baru jadi milik waris,” katanya.

Baca Lagi:
Wanita dirogol bomoh sebanyak 20 kali selepas berubat mahu dapatkan zuriat
Petugas kesihatan wanita seronok rakam video dalam ambulans, siap buat aksi tak senonoh depan pesakit terbaring
Dapat bapa mentua kaya macam CEO Megah Holdings, tak sangka akhirnya terbongkar apa mereka buat selama ini