Ramai yang tak tahu, ini cara nak dapatkan minyak ‘free’ di Petronas. Setiap orang pasti ada impian, bukan? Ada impian yang kecil, ada yang besar. Ada yang mungkin kecil bagi kita, tetapi besar bagi orang lain.
Min pernah terbaca tentang seorang makcik yang sangat ingin pergi ke Cameron Highlands bersama anak-anaknya jika ada rezeki. Bagi sesetengah orang, Cameron Highlands mungkin hanya tempat untuk pergi balik hari, jadi kenapa tidak simpan impian untuk pergi ke London atau Australia? Tetapi seperti yang Min katakan, setiap orang mempunyai impian yang berbeza.
Bagaimana jika Min cakap PETRONAS boleh merealisasikan semua impian korang, tak kira apa pun? Apa perasaan korang?
Dengan PETRONAS Bonanza 50, “Melalui Pembelian, Tercapailah Impian!”, sempena ulang tahun ke-50 PETRONAS, mereka ingin memberikan hadiah-hadiah menarik, termasuk memenuhi impian bernilai RM15,000 untuk 30 pemenang, RM10,000 untuk 3 pemenang, baucar Setel bernilai RM300, dan 20,000 mata ganjaran Mesra Rewards untuk 300 pemenang.
Bila tengok hadiah-hadiah yang PETRONAS tawarkan ni, memang rasa bersemangat nak sertai dan menang, kan?
Iyalah, sebulan berapa kali kita isi minyak? Bayangkan kalau seminggu RM50, sebulan dah RM200 kita belanjakan untuk minyak. Belum lagi bila korang beli makanan di Kedai Mesra, lebih banyak mata ganjaran yang boleh korang kumpul.
Semua ni secara automatik akan masuk ke mata ganjaran Mesra Rewards selepas korang daftar. Tak perlu bawa kad Mesra ke sana sini lagi. Mudah, kan? Sayang kalau tak kumpul.
Kongsi impian terbesar korang untuk menang. Kalau korang menang RM15,000, ia ibarat impian korang tercapai. Boleh pergi umrah, melancong ke luar negara, beli emas, atau bayar deposit rumah atau kereta, dan banyak lagi. Siapa yang tak nak, kan?
Jom Min kongsi cara nak sertai pertandingan PETRONAS Bonanza 50 ni. Tak susah pun, tapi sebelum tu, ada satu perkara penting yang Min nak pesan: korang semua kena daftar jadi ahli Mesra Rewards, barulah mata ganjaran korang akan dikira. Kalau tidak, macam mana nak menang?
Cara pertama:
Masukkan nombor telefon korang semasa isi minyak di pam, di kaunter Kedai Mesra, atau guna aplikasi Setel.
Minima hanya RM40 sahaja untuk isi minyak di P95/P97
Minima RM10 sahaja ketika berbelanja di Kedai Mesra atau ketika guna app Setel.
*Perbelanjaan tak termasuk tambah nilai (top-up), pembelian rokok dan transaksi DuitNow.
Cara kedua
Pergi ke bahagian Bonanza 50 Impian untuk submit kisah impian korang. Kat situ, jelaskan kenapa PETRONAS perlu penuhi impian korang.
Jangan lupa juga untuk follow @PETRONASBrands di semua platform media sosial. PETRONAS akan memilih 3 pemenang berdasarkan slogan yang paling kreatif.
Tempoh peraduan ini berlangsung dari 1 Julai sehingga 30 September 2024. Hanya daftar sebagai ahli Mesra Rewards atau guna aplikasi Setel untuk buat pembelian di PETRONAS untuk menang.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai gapai impian dengan sertai contest ni! Mana tahu kalau betul rezeki korang boleh menang.