Ramai yang tak tahu, ini 6 senarai legenda bola sepak yang tak pernah terima layanan kad merah. Bola sepak dan layangan kad merah memang tidak dapat dipisahkan, terutama bagi pemain yang telah menyertai banyak perlawanan sepanjang karier mereka.
Dalam keadaan tertekan, pemain mungkin akan melakukan tindakan di luar kebiasaan, yang akhirnya menyebabkan mereka diperintahkan keluar dari padang.
Ia tidak mengira sama ada melayangkan dua kad kuning atau memberi kad merah secara terus oleh pengadil yang bertugas.
Namun, di sebalik risiko tersebut, terdapat bekas pemain yang telah mengumumkan persaraan daripada dunia bola sepak yang mampu mengawal tingkah laku dan kesabaran mereka sepanjang karier hebat mereka.
Pemain-pemain yang dimaksudkan ialah:
Gary Lineker
Legenda England berusia 63 tahun ini tidak pernah menerima sebarang kad merah sepanjang kariernya. Malah, pengadil dari 1978 hingga 1994 tidak pernah melayangkan kad kuning kepadanya. Rekod ini adalah sesuatu yang luar biasa bagi bekas penyerang Leicester City, Everton, Barcelona, Tottenham Hotspur, dan Nagoya Grampus Eight.
Phillip Lahm
Sebagai pemain pertahanan kanan, legenda Jerman ini sering melakukan terjahan dan halangan untuk merantai pergerakan pemain lawan. Namun, pemenang Piala Dunia 2014 ini berjaya melakukannya tanpa menerima sebarang kad merah dalam 773 perlawanan yang dilaluinya. Ini adalah pencapaian yang luar biasa bagi seorang pemain pertahanan.
Raul Gonzalez Blanco
Walaupun sering beraksi dalam perlawanan panas seperti ‘El Clasico’ menentang Barcelona dan Ruhr Derbi (Borussia Dortmund bertemu Schalke 04), Raul tidak pernah terbabit dalam sebarang insiden kad merah. Legenda Sepanyol ini berjaya mengawal dirinya dengan baik daripada tekanan yang dihadapi.
Damien Duff
Bekas pemain sayap lincah yang pernah beraksi untuk Blackburn Rovers, Chelsea, Newcastle United, Fulham, Melbourne City, dan Shamrock Rovers ini menikmati 626 penampilan sebelum mengumumkan persaraan pada tahun 2015. Walaupun sering menjadi mangsa terjahan, Duff tetap tenang dan mengawal dirinya daripada bertindak di luar batasan.
Michel Platini
Bekas Presiden UEFA ini telah membuat 622 penampilan di peringkat kelab dan antarabangsa bersama AS Nancy-Lorraine, AS Saint-Étienne, Juventus, dan skuad kebangsaan Perancis.
Hernan Crespo
Penyerang kelahiran Argentina yang membuat lebih 600 penampilan di peringkat kelab dan antarabangsa ini juga mampu mengawal kesabarannya walaupun sering dikawal rapat oleh pertahanan lawan.
Calon Menunggu
Dua pemain veteran, Karim Benzema dan Andres Iniesta, juga masih belum menerima sebarang kad merah setakat ini. Namun, mereka tidak disenaraikan bersama pemain-pemain di atas kerana masih aktif dalam karier bola sepak, di mana sebarang kemungkinan masih boleh berlaku.