Ramai yang tak tahu, guna 3 bahan ini lantai rumah berkilat dan wangi

Photo of author

By Joe

Ramai yang tak tahu, guna 3 bahan ini lantai rumah berkilat dan wangi. Korang perasan tak, walaupun dah lap berkali-kali, lantai di rumah tetap nampak kusam?

Tambah lagi bagi yang ada anak kecil, baru je lap dah tertumpah air dan makanan sana sini. Sekejap je lantai jadi kotor balik, kan?

Haa, kali ini kami akan kongsikan tips dan petua mudah supaya lantai rumah anda nampak berkilat hanya dengan menggunakan tiga bahan sahaja.

Ramai yang tak tahu, guna 3 bahan ini lantai rumah berkilat dan wangi

Selain lantai bersinar, rumah pun jadi wangi tau. Nak tahu rahsianya? Cuba skrol sampai bawah, okay!

1. Air panas

Ramai yang tak tahu, guna 3 bahan ini lantai rumah berkilat dan wangi

Pertama sekali, anda perlu tuangkan air panas ke dalam baldi secukupnya.

2. Pelembut pakaian

Kemudian, sukat cecair pelembut pakaian menggunakan penutupnya. Masukkan satu penutup cecair tersebut ke dalam baldi yang telah berisi air panas.

Ramai yang tak tahu, guna 3 bahan ini lantai rumah berkilat dan wangi

3. Cuka makanan

Kemudian, tambahkan lima titis cuka ke dalam baldi yang sudah berisi air panas dan pelembut pakaian. Kacaukan semua bahan di dalam baldi sehingga sebati. Selepas itu, anda sudah boleh mengemop lantai seperti biasa!

Ramai yang tak tahu, guna 3 bahan ini lantai rumah berkilat dan wangi

Walau bagaimanapun, cuka tidak boleh digunakan secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan permukaan lantai menjadi terlalu melekit. Selamat mencuba, guys!

Baca Lagi:
Bank Kuwait buat keputusan ‘angkat kaki’ keluar Malaysia selepas 19 tahun beroperasi
Pelajar datang seorang diri daftar masuk belajar sebab ibu bapa tak cukup duit
Wanita pertama dalam Malaysia genggam PHD pada usia 82 tahun