Ramai yang tak tahu fungsi sebenar butang ini, rupanya boleh sejukkan kereta dengan cepat ketika waktu panas

Photo of author

By Joe

Ramai yang tak tahu fungsi sebenar butang ini, rupanya boleh sejukkan kereta dengan cepat ketika waktu panas. Kenderaan yang diparkir di bawah sinaran matahari boleh menjadi sangat panas seperti dalam ketuhar.

Tentulah sangat tidak selesa bagi pemilik kereta untuk memulakan perjalanan terutamanya pada waktu tengah hari dengan keadaan yang begitu panas.

Melalui satu hantaran di laman TikTok oleh Azbi Centre, mereka berkongsi petua untuk mempercepatkan proses sejuk sistem penghawa dingin kereta dalam keadaan sebegini.

Ramai yang tak tahu fungsi sebenar butang ini, rupanya boleh sejukkan kereta dengan cepat ketika waktu panas

Ternyata, anda hanya perlu mengaktifkan satu butang di panel kereta yang mengawal lubang udara berhampiran cermin hadapan.
Menurut Azbi, apabila butang tersebut diaktifkan, udara sejuk dari sistem penyaman udara akan dialihkan ke arah cermin hadapan.

“Pertama-tama, apabila anda memasuki kereta selepas memarkir di bawah matahari, tukar arahan penyaman udara dari badan ke arah cermin,” kata Azbi.

“Kecuali, kelajuan penyaman udara tidak kira berapa parasnya. Biarkan selama beberapa minit, kemudian anda boleh tukar semula kepada keadaan biasa.

“Tujuannya adalah untuk menghilangkan haba yang terperangkap pada cermin kereta. Tips ini dapat membantu mendinginkan kereta anda dengan lebih efisien,” jelas Azbi.

Azbi menambah, fungsi yang sama juga boleh digunakan pada awal pagi ketika fenomena kondensasi mengaburi cermin hadapan.

“Embun pagi boleh dihapuskan dengan mengalihkan angin sejuk dari dalam. Ini dapat membantu dalam pemanduan anda,” terang Azbi.

@azbicentre Mesti ramai tak tahu kan fungsi simbol arrow ni? Ha tengok video ni sampai habis and save video ni! #azbicentre #fastservicejob #aircondtaksejukpadanmukakorang #infoaircondkereta #infokereta #tipsaircondkereta #fyp ♬ nhạc nền – Kho Âm Nhạc Giải Trí

Baca Lagi:
“Pakcik sanggup robohkan rumah kami ketika mak masih ada kat dalam, punca sebab kami bina rumah atas tanah pakcik”
Rupanya suri rumah boleh buat duit hingga ribuan ringgit, ini caranya
Wanita jaga kaunter stesen minyak menangis kena tanggung rugi RM3 angkara makcik pandai putar belit