Ramai yang tak tahu ada negara terpaling kecil dalam dunia, penduduk hanya ada 7 orang sahaja

Photo of author

By Joe

Ramai yang tak tahu ada negara terpaling kecil dalam dunia, penduduk hanya ada 7 orang sahaja. Rasanya ramai yang tak tahu sebenarnya dalam dunia ini ada beberapa negara yang sangat kecil; sama ada kecil dari segi bilangan penduduk atau saiz tanah.

Dipetik daripada Bright Side, berdasarkan kajian yang dilakukan menunjukkan populasi terkecil yang bertaraf negara walaupun ianya hanya sebesar kampung atau pulau.

Berikut Miss Murai kongsikan negara apakah yang tergolong dalam senarai ‘Negara Terkecil Di Dunia’. Bermula daripada…

Ramai yang tak tahu ada negara terpaling kecil dalam dunia, penduduk hanya ada 7 orang sahaja

The Republic of Molossia

Ramai yang tak tahu ada negara terpaling kecil dalam dunia, penduduk hanya ada 7 orang sahaja

  • Luas kawasan: 0.055 sq.km
  • Populasi: 7 orang

Diiktiraf oleh seorang lelaki bernama Kevin Bugh, The Republic of Molossia ini terdiri daripada 7 orang penduduk saja. Di mana penduduk tersebut adalah keluarga Kevin, 3 ekor anjing, 1 ekor kucing dan 1 ekor arnab. Menariknya, negara ini ada lagu kebangsaan, lambang dan bendera mereka tau!

The Principality of Hutt River

Ramai yang tak tahu ada negara terpaling kecil dalam dunia, penduduk hanya ada 7 orang sahaja

  • Luas kawasan: 75 sq.km
  • Populasi: 30 orang

Dimiliki oleh Leonard Casley, negara ini merupakan sebuah ladang yang terletak di Australia. Negara ini tidak pernah diiktiraf tetapi ia mempunyai sistem wang, setem dan pasport sendiri.

The Principality of Sealand

Ramai yang tak tahu ada negara terpaling kecil dalam dunia, penduduk hanya ada 7 orang sahaja

  • Luas kawasan: 0.004 sq.km
  • Populasi: 27 orang

Merupakan negara yang tidak diiktiraf kerana ia adalah pelantar laut yang terletak kira-kira 6 batu dari perairan Great Britain. Negara ini ditadbir oleh seorang individu yang mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku raja. Manakala sesiapa yang tinggal di sana boleh menjadi bangsawan pelbagai pangkat dan gelaran itu dibeli secara dalam talian.

The Principality of Seborga

Ramai yang tak tahu ada negara terpaling kecil dalam dunia, penduduk hanya ada 7 orang sahaja

  • Luas kawasan: 4.91 sq.km
  • Populasi: 312 orang

Dimiliki oleh ahli perniagaan Marcello Menegatto, The Principality of Seborga adalah sebuah kampung yang terletak di sempadan Perancis. Walaupun saiznya kecil, tetapi negara ini memiliki sistem ketenteraan yang terdiri daripada seorang menteri pertahanan dan dua orang pengawal sempadan.

Niue

Ramai yang tak tahu ada negara terpaling kecil dalam dunia, penduduk hanya ada 7 orang sahaja

  • Luas kawasan: 261.46 sq.km
  • Populasi: 1190 orang

Niue yang berada di Oceania ini adalah sebuah pulau yang bergantung pada bantuan daripada New Zealand. Negara ini masih gagal untuk menarik perhatian pelancong walaupun ada pemandangan yang cantik, lapangan terbang dan pasar raya sendiri.

Nauru

Ramai yang tak tahu ada negara terpaling kecil dalam dunia, penduduk hanya ada 7 orang sahaja

  • Luas kawasan: 21 sq.km
  • Populasi: 9591 orang

Terletak di sebuah pulau terpencil, Nauru adalah negara republik bebas yang memiliki bilangan penduduk obesiti yang paling ramai sekitar 70%.

Tuvalu

Ramai yang tak tahu ada negara terpaling kecil dalam dunia, penduduk hanya ada 7 orang sahaja

  • Luas kawasan: 26 sq.km
  • Populasi: 10959 orang

Negara Tuvalu pula adalah negara terkecil dan termiskin di dunia. Ekonominya tidak berkembang, sangat daif hingga tiada kemudahan internet televisyen dan internet.

Palau

Ramai yang tak tahu ada negara terpaling kecil dalam dunia, penduduk hanya ada 7 orang sahaja

  • Luas kawasan: 459 sq.km
  • Populasi: 21347 orang

Memiliki 300 pulau dengan saiz yang berbeza, Palau adalah negara yang memiliki hutan, tumbuh-tumbuhan dan habitat burung yang sangat unik. Malah ia juga memiliki lebih 130 spesies jerung terancam.

Saint Kitts & Nevis

Ramai yang tak tahu ada negara terpaling kecil dalam dunia, penduduk hanya ada 7 orang sahaja

  • Luas kawasan: 261 sq.km
  • Populasi: 52329 orang

Terdiri daripada dua buah pulau iaitu Saint Kitts dan Nevis, negara ini mempunyai proses warganegara yang sangat mudah iaitu dengan beli hartanah bernilai RM1.86 juta saja. Atau pun labur sekurang-kurangnya RM1.18 juta dalam industri gula di negara tersebut.

Sovereign Military Order of Malta

Ramai yang tak tahu ada negara terpaling kecil dalam dunia, penduduk hanya ada 7 orang sahaja

  • Luas kawasan: 0.012 sq.km
  • Populasi: 113500 orang

Terletak di bawah pemerintahan Malta, negara ini merupakan wilayan kecil yang memiliki sistem mata wang, setem, laman web, nombor kereta dan pasport sendiri.

Yang penting negeri Perlis tak tersenarai disebabkan oleh gurauan negara terkecil di Malaysia dengan 8 orang penduduk saja.

Baca Lagi:
Pengajaran buat MP ‘kaki ponteng’, pengundi boleh lihat dan nilai sendiri pemimpin yang dipilih
“Aku janda anak satu kahwin dengan duda, lepas kahwin baru aku tahu perangai sebenar dia terhadap anak aku”
Musnah sekelip mata! Israel bom Universiti Al-Azhar di Gaza