Ramai yang tak suka makan, ini sebab kenapa nasi lemak perlu ada kacang tanah

Photo of author

By Joe

Ramai yang tak suka makan, ini sebab kenapa nasi lemak perlu ada kacang tanah. Waalaikumussalam dan Salam Sejahtera…

Mengapa nasi lemak mempunyai santan, telur, kacang, timun, ikan bilis, dan sambal?

Nasi lemak merupakan makanan tradisi yang sangat disukai oleh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu, dengan tekstur nasinya yang lembut berkat santannya yang kaya, dan kesesuaiannya dengan selera tempatan.

Ramai yang tak suka makan, ini sebab kenapa nasi lemak perlu ada kacang tanah

Biasanya, nasi lemak dimakan sebagai sarapan pagi, tetapi kini, dengan perubahan zaman, ia juga dijual pada waktu malam. Penjualan nasi lemak pada waktu malam kini juga mendapat sambutan yang hangat.

Tapi, ada gaya macam wartawan tak mukadimah Cik Fie kat atas ni? hihi..

Sebenarnya, nasi lemak bukanlah makanan yang biasa dan lazim dimakan setiap hari oleh orang ramai. Pada mulanya, zaman nenek moyang kita, nasi lemak disediakan untuk para pekerja ladang dan perkebunan yang telah bekerja keras untuk menyara keluarga mereka, dengan sambal, ikan bilis, telur, dan timun sebagai hidangan lengkap.

Ok… Mengapa nasi lemak dicipta dengan cara ini sehingga Cik Fie terpikat dengan kelezatan nasi lemak dan sambalnya yang pedas? Apa sebenarnya rahsia di sebalik keistimewaan nasi lemak ini?

Pada zaman dahulu, nasi yang dimasak dengan santan bertujuan untuk memberikan tenaga kepada pekebun dan petani setelah mereka letih bekerja keras dan kehabisan tenaga.

Nasi yang kaya dengan karbohidrat serta santan yang mengandungi lemak dan kalori tinggi sangat sesuai bagi mereka yang melakukan aktiviti berat. Pekerja buruh juga sangat digalakkan untuk mengambil sarapan nasi lemak kerana peranannya sebagai sumber tenaga.

Bagaimana pula dengan hidangan sampingan pada nasi lemak? Apa rahsia di sebalik bahan-bahan tersebut? Inilah yang ingin Cik Fie kongsikan sebenarnya. Orang zaman dulu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai khasiat setiap hidangan. Mereka tidak mencipta sesuatu hidangan tanpa sebab.

Kacang tanah yang disediakan bersama nasi lemak berfungsi untuk menyeimbangkan hidangan nasi lemak yang tinggi kalori, kerana manfaat kacang tanah sebagai sumber vitamin larut lemak terbaik di antara semua jenis kacang yang ada.

Kandungan protein dalam kacang tanah juga lebih tinggi berbanding daging, telur, atau kacang soya. Oleh itu, asalnya hidangan nasi lemak tidak melibatkan daging, tidak seperti yang kita lihat sekarang di mana nasi lemak sering dijual bersama ayam goreng.

Selain itu, hidangan sampingan ikan bilis dimasukkan ke dalam hidangan nasi lemak sebagai perasa tambahan kerana rasa ikan bilis yang sedikit masin dan telur rebus yang disediakan pula adalah untuk mengenyangkan dan mengawal rasa lapar dalam jangka masa yang lama. Memang sesuai la dimakan untuk orang yang melakukan aktiviti berat. Telur juga mengandungi omega yang baik untuk jantung dan otak.

Timun yang biasa diletak sehiris dua ke dalam nasi lemak atau masakan malaysia yang lain turut memain peranan dalam hidangan lengkap nasi lemak. Timun mengandungi sebanyak 96% air yang boleh dijadikan pencuci mulut dan menyejukkan tekak selepas menikmati nasi lemak bersama sambal yang agak pedas. Apa pula rasionalnya sambal yang pedas bersama nasi lemak? Cili didalam sambal, dapat meningkatkan metabolisme seseorang. Tambahan rasa cili yang pedas mampu membakar lemak setelah menikmati lemak santan yang tinggi kalori.

Adakah selamat untuk menikmati sarapan nasi lemak setiap hari? Menurut Doktor Zubaidi, tidak sesuai bagi pekerja yang tidak melakukan kerja berat atau individu yang bekerja dalam pejabat untuk mengamalkan sarapan nasi lemak secara kerap. Ini disebabkan kandungan kalori yang tinggi perlu diselaraskan dengan kadar penggunaan tenaga yang tinggi.

Cik Fie mencadangkan, jika tidak kerap bersenam, cukuplah dengan sarapan segelas susu dan sebiji telur rebus untuk mengekalkan tenaga sehingga waktu makan tengahari. Selain itu, jangan lupa ambil 2 biji Fit I Kapsul dan 2 biji Rapat Plus selepas sarapan pagi untuk membantu membuang lemak yang tersisa dalam perut. Mari kita amalkan gaya hidup sihat.

Baca Lagi:
Kenapa kaum wanita dilarang masuk ke kawasan kubur ketika jenazah dikebumikan?
Banyak sangat kes orang hilang, ini 5 cara mudah nak pantau keselamatan orang tersayang melalui telefon
Penyu paling besar di dunia terdampar di Tanjung Pelindung