Ramai yang tak pernah tengok rupa buah pisang kipas, macam ini rupanya

Ramai yang tak pernah tengok rupa buah pisang kipas, macam ini rupanya

Ramai yang tak pernah tengok rupa buah pisang kipas, macam ini rupanya. Bila mempunyai rumah sendiri, kebiasaannya ramai yang cenderung untuk menanam pokok atau tumbuhan bagi ‘memeriahkan’ suasana di sekitar rumah. Lebih-lebih lagi bagi yang tinggal di rumah landed, pastinya akan ada lebih banyak ruang untuk bercucuk tanam.

Seronok sebenarnya dapat berbakti kepada tanah kerana hasilnya nanti kita juga yang dapat merasa.

Bercakap mengenainya, sekarang ramai sukakan pokok keladi monstera atau sky bird sebagai hiasan. Tetapi, kalau korang ingat dulu ada pokok pisang kipas yang banyak ditanam di halaman rumah, sekolah dan masjid. Tengok dari jauh pun dah boleh nampak daun pisang tersebut yang tersusun rapi.

Pun begitu, mungkin masih ramai yang tak pernah tengok buah daripada pokok pisang ini. Lihat susunan daunnya saja sudah unik, apatah lagi buah pisangnya. Tapi macam mana rupa pisangnya?

Ramai yang tak pernah tengok rupa buah pisang kipas, macam ini rupanya

Berasal dari Madagascar

Sebenarnya nama lain bagi pokok pisang kipas ini adalah Ravenala Madagascariensis Sonn. Seperti nama itu, pokok pisang yang berasal dari Madagascar ini sememangnya mengeluarkan buah yang sangat unik.

Untuk pengetahuan korang, tandan buah pisang ini akan muncul antara dedaun dan ia kelihatan berwarna coklat. Lebih menarik, isinya kelihatan berwarna biru apabila ia dibelah.

Bagaimanapun, buah tersebut dikatakan mempunyai rasa yang tawar walaupun disifatkan sebagai boleh dimakan.

Ramai yang tak pernah tengok rupa buah pisang kipas, macam ini rupanya

Ramai yang tak pernah tengok rupa buah pisang kipas, macam ini rupanya

Ramai yang tak pernah tengok rupa buah pisang kipas, macam ini rupanya

Bila bercakap mengenai pisang ini, automatik teringat pisang goreng kan. Dapat makan ketika waktu petang memang syok habis. Tapi bila nak goreng sendiri kat rumah, susah nak dapatkan tekstur rangup yang sedap. Tersilap adunan, pisang goreng jadi lembik ataupun keras macam batu.

Jadi ni min nak selit satu resepi pisang goreng rangup confirm jadi. Bahan penting korang kena ada, tepung Bestari.

Resipi pisang goreng rangup

Korang kena cuba buat pisang goreng dengan Tepung Goreng Pisang Bestari ni. Tambah lagi bila ia disalut pula dengan sos karamel atau sos coklat yang dimakan bersama aiskrim vanilla. Memang super duper sedap!

Berikut merupakan resepi pisang goreng menggunakan Tepung Bestari

Bahan-bahan
  • Pisang secukupnya (sama ada pisang abu, pisang berangan, pisang nangka)
  • 100g Tepung Goreng Pisang Bestari
  • 120ml Air
  • 500ml Minyak masak
  • Aiskrim Vanilla
  • Sos Karamel/Sos coklat (optional)
Cara penyediaan/masak
  1. Kupas pisang dan dibelah dua (2) secara memanjang
  2. Bancuhkan Tepung Gorang Pisang Bestari dengan air (tidak terlalu pekat atau cair)
  3. Celupkan pisang dengan bancuhan tepung tadi
  4. Panaskan minyak masak dan goreng pisang sehingga garing keemasan
  5. Ambil aiskrim vanilla dan pisang dan letakkan sedikit sos karamel atau sos coklat (boleh juga dihiaskan dengan coklat cip dan sebagainya). Sedia untuk dihidang.

Jangan risau kerana produk Tepung Goreng Pisang Bestari ini dijamin tahap kebersihan pemprosesannya dan berkualiti tinggi. Tekstur tepung yang ringan, berongga dan tidak serap minyak menjadikan proses menggoreng amat mudah.

Ia juga turut disahkan dan diiktiraf Halal oleh JAKIM dan jangka hayat produk adalah selama 18 bulan.

Baca Lagi:
Semua terkejut isteri tiba-tiba suruh kahwin lagi satu, rupanya semua itu berpunca dari WhatsApp lama
“Hidup ini bukan satu perlumbaan”, kisah pilot dan isteri nekad berjimat dan tak kisah guna kereta Axia
Pelakon wanita terkenal dibelasah suami sebab tolak ajakan ‘bersama 2 kali sehari’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *