Ramai yang salah selama ini, ini cara betul pandu kereta auto, dekat sekolah memandu tak ajar perkara ni

Photo of author

By Joe

Ramai yang salah selama ini, ini cara betul pandu kereta auto, dekat sekolah memandu tak ajar perkara ni. Kereta model terbaharu kebiasaannya datang dalam mode automatik berbanding manual.

Kereta automatik lebih mudah untuk dipandu kerana sistem enjinnya yang membantu melakukan pertukaran gear mengikut had laju semasa kenderaan.

Walaupun pemilik kereta automatik boleh memandu dengan relaks, tetapi awas ada beberapa perkara yang tetap perlu diberikan perhatian.

Ramai yang salah selama ini, ini cara betul pandu kereta auto, dekat sekolah memandu tak ajar perkara ni

Melalui satu perkongsian di TikTok oleh PakWee, ada didedahkan tabiat pemandu yang boleh memberi impak buruk kepada kereta automatik.

Ketika di lampu isyarat

Kebiasaannya apabila berada di lampu isyarat merah, pemandu akan membiarkan gear pada D (drive) dan tekan brek sahaja untuk memberhentikan kenderaan.

Ternyata, amalan itu boleh membebankan gearbox dan mengakibatkan ia cepat rosak.

Ini cara yang sebetulnya, mula-mula tekan pedal brek, kemudian tolak gear ke ‘N’ (neutral) dan seterusnya tarik brek tangan. Selepas itu lepaskan kaki dari menekan pedal brek anda.

Kini tunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Apabila lampu isyarat menjadi hijau, lepaskan brek tangan dan tolak gear ke D (drive), kemudian baru jalan.

Teknik ini walaupun sedikit merenyahkan berbanding cara biasa tetapi ia dapat membantu memanjangkan hayat gearbox kereta anda.

Ketika menuruni bukit

Apabila anda sedang melalui jalan yang menuruni bukit, elakkan dari kerap menggunakan brek kaki.

Sebaliknya anda digalakkan untuk menukar gear anda kepada mode manual, pastikan berada pada gear 1 dan 2.

Jika terlalu banyak menggunakan brek kaki, apabila anda sampai ke bawah, pad brek anda boleh terbakar akibat suhu tinggi akibat tekanan melampau.

Ketika parkir kereta di tempat curam

Apabila parkir di tempat curam, pemandu biasanya akan meletakkan gear pada mode P (parking) dan kemudiannya menarik brek tangan.

Cara ini sebenarnya boleh meletakkan stres berlebihan kepada gearbox.

Ini cara yang sebetulnya, mula-mula tolak gear ke N (neutral), selepas itu tarik brek tangan dan kemudian baru tolak gear ke P (parking).

Dengan teknik ini, beban akan jatuh ke brek tangan dan bukannya gearbox.

Penggunaan pedal minyak dan pedal brek

Akhir sekali, jangan bawa kereta automatik seperti kereta manual iaitu dengan menggunakan dua kaki untuk menekan serentak pedal minyak dan pedal brek.

Ini adalah untuk faktor keselamatan, kerana kaki kiri tak akan dapat menekan brek dengan sempurna dan ‘kemas’ seperti kaki kanan.

@pakwee_oe #tipskereta #pengetahuan #knowlage #gaerbox #dtinzautodetailing #cardetailingmalaysia #tipskeretarosak #oe杰青商学院 #ipoh #batugajah #batugajahperak #knowladgesharing ♬ original sound – PakWee@DTinz_BatuGajah

Baca Lagi:
Rupanya ada rahsia disebalik bendera Malaysia yang ramai tak tahu
Geng basikal kena sapu atas highway hingga melambung
Kemaluan dikerat, suami maafkan isteri rayu dibebaskan mahkamah