‘Ramai yang pedih mata kali ni’ – 17 orang anak buat kejutan hadiahkan kereta idaman ibu

‘Ramai yang pedih mata kali ni’ – 17 orang anak buat kejutan hadiahkan kereta idaman ibu

‘Ramai yang pedih mata kali ni’ – 17 orang anak buat kejutan hadiahkan kereta idaman ibu. Menjadi seorang ibu yang mempunyai anak ramai sememangnya bukanlah satu perkara mudah

Sedangkan menjaga seorang anak pun sudah macam-macam ujian yang perlu dilalui, apatah lagi kalau menjaga 17 orang anak bukan?

Sebagai anak-anak pula, tugas untuk membahagiakan si ibu sudah tentu menjadi keutamaan. Alangkah bahagianya hati seorang ibu apabila mendapat hadiah yang sangat bermakna dalam hidupnya.

'Ramai yang pedih mata kali ni' - 17 orang anak buat kejutan hadiahkan kereta idaman ibu

Itulah yang dilakukan oleh 17 orang adik beradik ini yang bertungkus lumus menghadiahkan kereta idaman buat ibu mereka telah mencuri tumpuan ramai baru-baru ini.

Menangis tengok kereta idaman tiba-tiba ada depan rumah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hafizahaji, kelhatan pada awalnya dia hanya mencuba nasib untuk membuat pinjaman kereta dari bank dan tidak sangka apabila cubaan itu berjaya diluluskan.

Berita itu membuatkan salah seorang adik beradiknya bertanya di dalam group WhatsApp keluarga mengenai hasrat untuk membelikan kereta buat ibu mereka.

Apa yang menarik perhatian adalah kesemua mereka bersetuju untuk membayar kereta itu dan selepas kenderaan jenama Kia itu diambil, mereka kemudian pulang ke kampung beramai-ramai untuk melakukan kejutan sambil si ibu setia menanti di rumah kerana kakak kepada Hafizah memaklumkan kononnya dia akan membawa wanita itu berjalan.

Apa yang membuatkan ramai berasa sebak adalah apabila ibu mereka tidak dapat menahan air mata sebaik saja melihat kereta idamannya itu berada di halaman rumah.

“Terima lah hadiah dari kami anak-anak mama. Hadiah yang tak setanding penat lelah mama jaga kami semua 17 orang. Thank you for everything mom,” tulis Hafizah.
“Alhamdulillah! I’m proud you guys give big present to your mom who give birth 17 son to this world” – Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 167K tontonan, 11.3K tanda suka serta 980 perkongsian di laman TikTok.

Manakala, rata-rata warganet turut tersentuh melihat kejutan yang diberikan buat ibu kepada 17 orang adik beradik itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

'Ramai yang pedih mata kali ni' - 17 orang anak buat kejutan hadiahkan kereta idaman ibu

'Ramai yang pedih mata kali ni' - 17 orang anak buat kejutan hadiahkan kereta idaman ibu

'Ramai yang pedih mata kali ni' - 17 orang anak buat kejutan hadiahkan kereta idaman ibu

Masha-Allah, seronok tengok air mata gembira ibu diaorang 🙂

Baca Lagi:
“Kau anak bodoh, duduk diam-diam”, Kak KM mengamuk netizen kecam anaknya dapat 4 flat
Pernah viral satu Malaysia ketika dahulu wanita buat aksi Gwiyomi, ini perkembangan terkini wanita ini buat ramai tak sangka
Cara paling senang nak beli telefon canggih, jangan buang resit ‘shopping’ di MYDIN
CATEGORIES