Ramai yang mesej minta bantuan, Pin Yang cadang mahu buka Yayasan untuk bantu rakyat Malaysia. Pempengaruh terkenal, Pinn Yang, mendedahkan bahawa dia sering menerima banyak mesej dan e-mel yang meminta bantuan kewangan daripadanya.
Ketika ditemui pada sidang media TikTok Awards 2024, Pinn Yang, yang juga merupakan CEO Good Foodie Media, berkata bahawa disebabkan oleh terlalu banyak mesej memerlukan bantuan, dia bercadang untuk membuka yayasan sendiri supaya dapat membantu lebih ramai insan yang memerlukan.
Namun, beliau menambah, walaupun ramai yang benar-benar memerlukan bantuan, ada juga yang mengambil kesempatan.
“Ada yang mesej saya meminta bantuan seperti untuk membeli susu anak, pendidikan, dan sebagainya. Saya beri bantuan, tetapi tidak dinafikan, ada juga segelintir individu yang mengambil kesempatan dengan menggunakan beberapa nombor telefon yang berbeza.
“Jadi, saya rasa mungkin saya boleh menubuhkan yayasan untuk membantu orang. Biarlah organisasi atau komuniti yang menguruskan bantuan tersebut. Saya memang tidak boleh membantu semua orang, terlalu banyak.
“Saya perlu mengembangkan bisnes saya lagi. Bila saya dapat keuntungan, saya boleh berkongsi dengan lebih ramai orang,” katanya.
Pinn Yang juga merupakan CEO kepada rangkaian Good Foodie Media yang merangkumi semua jenama platform foodie seperti Penang Foodie, KL Foodie, Johor Foodie, dan Halal Foodie. Mereka juga telah mengembangkan sayap ke Jakarta dan Bangkok.
Untuk makluman anda, Pinn Yang tercalon dalam kategori TikTok Shop Creator of the Year di TikTok Awards 2024 yang akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) Kuala Lumpur pada 11 Ogos ini.
Saksikan siaran langsung TikTok Awards, eksklusif hanya di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia pada jam 9.00 malam, Ahad, 11 Ogos 2024, atau anda boleh menonton acara ini secara langsung melalui Tonton.
TikTok Awards Malaysia 2024 dianjurkan dengan kerjasama TV3, dikuasakan oleh Siri HONOR 200 5G (Penaja utama), didominasikan oleh The Raw Skincare (Penaja bersama), diraikan oleh TikTok Shop (Rakan penaja), dihubungkan oleh U Mobile 5G (Rakan penaja), dan disinarkan oleh TRESemmé (Rakan penaja).
Saksikan siaran langsung TikTok Awards, eksklusif hanya di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia pada pukul 9 malam, Ahad, 11 Ogos 2024!