Ramai yang masih ‘confius’ matikan enjin ke tidak semasa isi minyak, ini jawapan jurutera

Ramai yang masih ‘confius’ matikan enjin ke tidak semasa isi minyak, ini jawapan jurutera

Ramai yang masih ‘confius’ matikan enjin ke tidak semasa isi minyak, ini jawapan jurutera. Sering kali kita dengar mengenai bahaya jika enjin menyala ketika isi minyak petrol di stesen minyak. Disebabkan itu, ramai individu yang berasa takut jika terdengar bunyi enjin kereta orang lain menyala sewaktu mereka mengisi minyak petrol.

Menerusi perkongsian di akaun Twitter Dr. Aid Fawzal yang juga merupakan seorang jurutera tampil memberitahu mengenai isu tersebut.

Tidak salah sekiranya individu tidak mematikan enjin sewaktu isi minyak tetapi perbuatan tersebut boleh membawa kepada risiko berlakunya kebakaran walaupun kemungkinannya agak rendah. Tetapi terdapat beberapa sebab lain yang mewajibkan individu untuk mematikan enjin sewaktu mengisi minyak petrol.

Ikuti perkongsian Dr Aid Fawzal di bawah ini.

“Saya nak tanya kalau enjin tak tutup masa isi minyak boleh ke? Kadang saya perasan orang terdekat dengan saya ni tak tutup enjin while isi minyak lepas tu  saya paranoid kereta akan meletup. Jadi saya nak tahu apa jadi kalau tak tutup enjin ni ye so saya boleh explain kat diorang”

Jawapan pendek:

Risiko untuk berlaku kebakarannya tinggi, tapi kemungkinannya rendah. Akan tetapi ianya juga diwajibkan atas sebab-sebab lain.

Selain daripada risiko terbakar, alasan utama kenapa kene matikan enjin sewaktu isi minyak adalah untuk elakkan KECUAIAN.

  1. Bila enjin nyala, anda akan hilang fokus pada tindakan mengisi minyak yang sedang anda buat. Mula lah timbul risiko-risiko yang lain selain daripada kebakaran
  2. Kemungkinan untuk anda tertarik hos & nozzle itu tinggi sebab bila enjin menyala, ianya hanya perlukan 1 langkah sahaja untuk bergolek/berjalan.
  3. Selain itu kemungkinan untuk penjenayah mencuri kereta anda wujud, sebab kunci akan tertinggal di dalam kereta dan anda sedang sebuk mengisi minyak.

Pada akhir ciapan Dr. Aid Fawzal turut berkongsikan analogi lain untuk masyarakat lebih memahami. Katanya analogi yang paling dekat adalah berkaitan dengan larangan orang tua-tua mengenai “Jangan menyanyi di dapur”.

Bila memasak, risiko untuk terbakar adalah tinggi tetapi kebarangkaliannya adalah rendah. Jika menyanyi sambil memasak boleh mengurangkan fokus kerja memasak itu dan mengakibatkan masakan hangus.

Beliau turut berkongsikan mengenai risiko untuk berlaku kebakaran tetap ada walaupun kebarangkalian adalah rendah.

Untuk ketahui dengan lebih lanjut anda boleh ikuti perkongsian di akaun Twitter beliau.

Sumber: Twitter Aid Fawzal

Baca lagi: 

Viral : Goreng ikan sekali ‘package’ cicak goreng

Demi negara, bekas ratu cantik Ukraine sertai tentera mahu lawan Rusia

Jatuh cinta dengan masakan nasi kandar, warga Jepun buka restoran nasi kandar pertama di Jepun

 

CATEGORIES