Ramai yang belum tahu, rupanya kerajaan sediakan aplikasi PriceCatcher untuk dapatkan harga barang yang lebih murah

Photo of author

By Joe

Ramai yang belum tahu, rupanya kerajaan sediakan aplikasi PriceCatcher untuk dapatkan harga barang yang lebih murah. Selain menggunakan kalkulator pada telefon pintar anda, pernahkah anda menggunakan aplikasi mudah alih untuk membandingkan harga sewaktu membeli belah?

Dengan Price Catcher, kini anda mampu membandingkan dan mendapatkan harga yang berpatutan untuk barang-barang asas semasa membeli belah di kedai runcit atau pasaraya dengan efisien.

Setakat hari ini terdapat lebih 480 barangan keperluan asas termasuk barang basah dan barang kering yang dipantau oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH).

Ramai yang belum tahu, rupanya kerajaan sediakan aplikasi PriceCatcher untuk dapatkan harga barang yang lebih murah

Inisiatif tindakan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) adalah untuk membantu pengguna untuk membandingkan serta menyemak dahulu harga sebelum membuat keputusan untuk membeli barang.

Siapakah yang membuat pemantauan harga untuk aplikasi Price Catcher?

Maklumat harga akan dipantau dan dikutip oleh lebih dari 1,100 Pegawai Pemantau Harga dari KPDNHEP di seluruh negara secara harian, mingguan dan bulanan. Memandangkan terdapat premis perniagaan yang menawarkan barang yang sama tetapi pada harga berbeza, aplikasi ini akan membantu pengguna untuk membuat perbandingan harga tanpa perlu pergi ke kedai.

Selepas membuat perbandingan harga, pengguna boleh memilih premis atau kedai yang menawarkan harga yang paling berpatutan untuk menjimatkan perbelanjaan.

Selain menjimatkan masa dan kos, pengguna juga dapat membuat perbandingan harga antara premis yang berlainan seperti:
  • Pasar raya
  • Pasar awam
  • Pasar basah
  • Kedai runcit terpilih
Antara ciri-ciri aplikasi Price Catcher adalah:
  • Perbandingan harga berdasarkan item atau bakul barangan
  • Dapat simpan barangan pilihan dalam fungsi ‘Bakul Saya’
  • Carian mengikut kategori, lokasi atau perkataan
  • Paparan harga disusun mengikut premis yang menawarkan harga terendah kepada tertinggi
  • Fungsi pandu arah ke premis pilihan menggunakan aplikasi Waze atau Google Map
  • Berkongsi maklumat carian harga melalui media sosial
  • Hebahan mengenai perubahan harga minyak atau maklumat kepenggunaan yang lain.

Kategori Carian Price Catcher

Terdapat pelbagai kategori yang boleh dilayari oleh pengguna seperti:
    • Barangan segar
    • Barangan kering
    • Barangan berbungkus, tin, pek, kotak dan botol
    • Susu dan barangan bayi
    • Produk kebersihan
    • Minuman

Penggunaan aplikasi ini secara tidak langsung dapat membantu pengguna supaya lebih bijak merancang perbelanjaan dengan memilih premis yang menawarkan harga berpatutan selain menggalakkan peniaga beretika dan meletakkan harga yang munasabah.

Jadilah pengguna bijak dengan aplikasi Price Catcher. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Price Catcher. Muat turun aplikasi Price Catcher dari Google Play Store atau App Store hari ini!

Baca Lagi:
Makan gula-gula getah akan disaman?, ini senarai 5 negara yang buat undang-undang paling tak masuk akal
Bagi yang bergaji rendah, ini 4 cara kreatif buat duit zaman sekarang yang perlu anda cuba
“Jutawan yang patut dicontohi”- Khairul Aming jawab soalan ‘kenapa tak upgrade gaya hidup” buat ramai tersentuh dan sedar