Ramai warganet tidak puas hati, ini sebab kenapa Siti Nurhaliza layak dipilih sebagai pakar di UMCCed

Photo of author

By Joe

Ramai warganet tidak puas hati, ini sebab kenapa Siti Nurhaliza layak dipilih sebagai pakar di UMCCed. Perlantikan penyanyi terkenal Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai pakar di Universiti Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed) telah menjadi topik hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Banyak dari mereka menganggap bahawa penyanyi terkenal ini tidak mempunyai kelayakan formal seperti ijazah atau PhD, hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat pangkat 2.

Bagaimanapun, bekas pengurus CCE Universiti Tun Abdul Razak telah mengambil kesempatan untuk menjelaskan tentang UMCCed dan alasan kenapa Siti Nurhaliza layak dilantik sebagai pakar dalam bidangnya.

Ramai warganet tidak puas hati, ini sebab kenapa Siti Nurhaliza layak dipilih sebagai pakar di UMCCed

“Ramai orang Melayu tidak sedar tentang kewujudan UMCCed ini. Apakah sebenarnya UMCCed?
“UMCCed adalah singkatan kepada University Malaya Centre for Continuing Education. Tanggungjawab utama kami adalah dalam ‘Life Long Learning’ atau dalam Bahasa Melayu, Pembelajaran Sepanjang Hayat,” jelas Abdullah Pak Lah melalui laman Facebooknya.

Menurut Abdullah, perlantikan Siti Nurhaliza sebagai Pakar di UMCCed tidak ada kaitan dengan keputusan SPM dan ia lebih bersandarkan kepada pengalaman luas penyanyi itu dalam industri muzik.

“Ramai yang mengutuk Siti, tetapi mengapa? Mereka fikir UM tidak mempunyai Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat. Dato’ Siti yang hanya memiliki Gred 2 SPM dianggap tidak layak menerima pengiktirafan tersebut.

“Kebanyakan yang mengkritik adalah orang yang tidak pernah mengambil sebarang subjek dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat atau memahami konsep apa itu Pembelajaran Sepanjang Hayat.

“Banyak universiti sebenarnya menawarkan kursus ini, antaranya Universiti Tun Abdul Razak dan Open University Malaysia yang menawarkan pembelajaran sepanjang hayat ini. Terdapat pelbagai kursus yang ditawarkan.

“Terdapat perbezaan antara Fakulti Pendidikan UM dengan UMCCED. UMCCED bukanlah satu fakulti di UM. UMCCED ditujukan kepada individu yang telah lama berada dalam industri dan ingin meneruskan pendidikan untuk memperoleh Sijil Eksekutif, Diploma Eksekutif, Ijazah Eksekutif, Master Eksekutif, dan PhD Eksekutif.

“UMCCED bukanlah untuk aliran kerjaya akademik, tetapi lebih kepada aliran kerjaya industri. Biasanya, individu yang mendaftar ke UMCCED ini adalah yang sudah mempunyai kerjaya profesional tetapi tidak mempunyai kelayakan akademik formal.

“Banyak yang mengambil sijil dan diploma eksekutif untuk meningkatkan kredibiliti dan pengiktirafan dalam industri, contohnya untuk kenaikan pangkat dan lain-lain,” tambah Abdullah.

Ramai warganet tidak puas hati, ini sebab kenapa Siti Nurhaliza layak dipilih sebagai pakar di UMCCed

Berdasarkan pencapaian dan kepakaran Siti Nurhaliza dalam bidang vokal, jelas bahawa beliau layak dilantik sebagai pakar dalam bidang muzik untuk dapat berkongsi pengalaman luasnya kepada pelajar baru.

Baca Lagi:
Jurutera berhenti kerja demi tanam cili, raih pendapatan RM50k semusim
Bapa kandung hadiahkan kad bank bernilai RM778,393 kepada anak selepas 3 dekad terpisah
“Meremang bulu roma”- Razak Ahmad kongsi cara berlagu dalam azan dipuji netizen