Ramai warga emas gagal dapat kewarganegaraan Malaysia gara-gara tak lepas ujian Bahasa Melayu

Photo of author

By Joe

Ramai warga emas gagal dapat kewarganegaraan Malaysia gara-gara tak lepas ujian Bahasa Melayu. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan ramai warga emas gagal memperoleh taraf kewarganegaraan di negara ini disebabkan tidak berjaya melepasi ujian penguasaan bahasa Melayu (BM).

Menurutnya, lulus ujian penguasaan bahasa Melayu merupakan syarat bagi permohonan berkenaan kerana ia merupakan perkara standard dilaksanakan di luar negara.

Ramai warga emas gagal dapat kewarganegaraan Malaysia gara-gara tak lepas ujian Bahasa Melayu

“Di negara luar ‘best practices‘ kita teliti. Mereka menghendaki untuk memohon warganegara boleh berbahasa rasmi negara berkenaan.
“Di Malaysia markah tak lulus satu, manakala markah lulus lapan dan ada ratingnya (kadarnya). Sekarang ini yang dua pun kadang-kadang saya luluskan. Dua ini bermakna ‘terima kasih’, dia jawab ‘sama-sama.’ Itu pun lulus.
“Kita turunkan kayu ukur sampai ke situ. Ada yang warga emas ini mereka terlalu fasih dengan bahasa asing sampai tidak boleh langsung berbahasa Melayu. Itu antara kekangan yang kita hadapi,” katanya di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) mengenai isu permohonan warganegara golongan warga emas yang tidak diluluskan, selain mengambil masa lama untuk proses kelulusan.

Dalam pada itu, sepanjang 10 bulan berada di KDN, Saifuddin telah membuat keputusan mengenai 10,381 permohonan warganegara dan kebanyakan kes ini membabitkan anak angkat dan anak tidak sah taraf.

Baca Lagi:
Pemandu e-hailing wanita kongsi kisah seram, dapat pelanggan misteri cari kubur bapa
3 punca kenapa cermin kereta berkabus, ini cara penyelesaian yang ramai tak tahu
Lepas kahwin badan aku mula naik jadi gemuk, isteri aku jadi tiba-tiba demand nak macam-macam siap ugut nak tinggalkan aku dan anak, sekali ini yang aku dapat..