Ramai tertanya-tanya kenapa daging korban masih ‘berdenyut’ selepas dilapah. Seorang pengguna TikTok telah berkongsi video yang menunjukkan beberapa ketul daging korban yang masih bergerak, menarik perhatian netizen hari ini.
Menurut pemilik akaun @arfasyrf, dia merasa geli melihat keadaan daging tersebut kerana ini merupakan pengalaman pertamanya yang membuatkan dia berasa trypophobia. Trypophobia merujuk kepada rasa takut yang melampau terhadap lubang-lubang rapat pada permukaan sama ada pada benda hidup atau bukan hidup, seperti kulit tangan, lidah, atau sarang lebah, termasuk daging korban.
Sementara itu, perkongsian Mohd. Naim di Facebook sebelum ini menjelaskan bahawa daging korban yang baru dilapah dan menunjukkan gerakan atau denyutan adalah perkara biasa.
Beliau menyatakan bahawa ini berlaku kerana daging tersebut masih segar dan meskipun telah dipisahkan dari otak dan bekalan darah, sel-sel di dalamnya masih hidup.
“Masih terdapat banyak reaksi kimia, saraf, kalsium, potasium, sodium, actin, dan sebagainya. Biarkan ia berehat dahulu.
“Fenomena ini biasa berlaku pada daging yang benar-benar segar,” jelasnya.
@arfasyrf EEEYEKK GELI🤣🤣 sape meremang tngok ni😭 #trypophobia ♬ original sound – Arifasyraf