Ramai tersentuh hati lihat peniaga OKU kopek durian guna satu tangan

Photo of author

By Joe

Ramai tersentuh hati lihat peniaga OKU kopek durian guna satu tangan. “Subhanallah, saya yang ada dua tangan ini pun susah nak kopek durian, tapi senang saja tengok abang ni buat,” demikian kata seorang pengguna dalam sebuah video yang viral di laman TikTok @muhammadhelmi75 baru-baru ini, yang menunjukkan usaha seorang lelaki yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) mengopek durian semasa berjual di gerainya.

Dalam bahagian komen, kebanyakan netizen mengakui terharu melihat usaha dan ketekunan lelaki tersebut semasa menjalankan perniagaannya.

Ada yang menyatakan, usaha dan ketabahan pemuda itu dalam mencari rezeki halal untuk keluarganya pasti akan dibalas oleh Allah SWT dengan rezeki yang berlipat ganda.

Ramai tersentuh hati lihat peniaga OKU kopek durian guna satu tangan

Difahami, gerai durian itu terletak di Tanjung Malim, Perak.

Namun, beberapa netizen juga mengutarakan kebimbangan mereka mengenai cara lelaki tersebut mengopek durian.

“Tak sakit ke bang kepit durian tu kat celah kaki?” kata @Ctmai Nursery.

Mengulas komen tersebut, @muhammadhelmi75 menjelaskan bahawa mereka sudah biasa mengopek durian. Tambahan pula, mengepit durian dengan kaki tidak menyakitkan.

“Lebih sakit lagi kalau tidak bekerja,” balasnya.

@muhammadhelmi75 assalamualaikum selamat ptg durian dtg lagi 🤗 #durian ♬ original sound – NORLELA

Sementara itu, netizen juga mengambil peluang untuk mendoakan agar perniagaan lelaki tersebut berjaya.

“Saya pernah beli durian di sini, sangat puas hati. Abang ini juga ramah. Semoga rezeki murah selalu ya bang,” kata @celorenglusuh4342.

“Semoga diberkati rezeki saudara penjual durian,” kata @nonene.

Pada masa artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima 51,300 suka dan 1,774 komen.

Baca Lagi:
Jumpa jongkong emas dalam tong sampah, pekerja pusat kitar semula berjaya pulangkan kepada pemilik dipuji netizen
“Makin ramai la lepas ini orang Melayu cari amoi nak kahwin”
Guru diarahkan pulangkan balik gaji RM21,000 sebab mengajar melebihi had umur