Ramai terkejut gambar iPhone dan kasut Nike berada dalam lukisan berusia 350 tahun

Ramai terkejut gambar iPhone dan kasut Nike berada dalam lukisan berusia 350 tahun

Ramai terkejut gambar iPhone dan kasut Nike berada dalam lukisan berusia 350 tahun. Beberapa peminat karya seni mendakwa dua lukisan potret lama yang dihasilkan oleh pelukis warga Belanda mempamerkan teknologi moden dan kelengkapan berjenama.

Lapor Daily Mail, sebuah telefon pintar iPhone dan sepasang kasut jenama Nike dipercayai dipaparkan dalam lukisan dihasilkan 350 tahun lalu.

Dalam sebuah lukisan abad ke-18 dihasilkan oleh pelukis, Pieter de Hooch, menarik perhatian ramai.

Ramai terkejut gambar iPhone dan kasut Nike berada dalam lukisan berusia 350 tahun

Dalam lukisan itu, peminat karya seni mendapati seorang individu sedang memegang dan melihat pada objek yang kelihatan seperti iPhone meskipun peranti itu belum lagi wujud sehingga tahun 2007.

Lukisan berkenaan kini dipamerkan di Rijksmuseum di Amsterdam.

Pengguna sosial media berkongsi gambar lukisan itu di laman Twitter.

Malah, rata-rata warganet juga mempersoalkan bagaimana peranti itu boleh muncul dalam lukisan dicipta 350 tahun lalu.

Sementara itu, beberapa peminat karya seni juga terkejut selepas menemukan objek kelihatan seperti sepasang kasut jenama Nike dalam lukisan Potret Frederick Sluysken yang dihasilkan Ferdinand Bol.

Lukisan memaparkan pasangan duo ibu dan anak perempuan pula dipamerkan di Galeri Nasional di London.

Pihak pengurusan galeri sendiri bertanyakan sama ada pengguna Twitter boleh mengesan kasut jenama itu dalam lukisan abad ke-18 itu.

Baca Lagi:
Kalau pergi pantai mesti jumpa ‘bebola’ kecil atas pasir, rupanya kerja makhluk ini
Pelakon senior Noralbaniah terkejut dapat tahu anak ditangkap kes dadah
Lelaki terkejut buaya gergasi sedang berenang dalam kolam kawasan rumah
CATEGORIES