Ramai terkejut bila dapat tahu harga sebenar pingat Emas, Perak dan Gangsa Olimpik Paris 2024

Photo of author

By Joe

Ramai terkejut bila dapat tahu harga sebenar pingat Emas, Perak dan Gangsa Olimpik Paris 2024. PINGAT emas di Sukan Olimpik Paris dilaporkan bernilai AS$950 (RM4,250).

Menurut artikel oleh Forbes Australia, pingat emas yang diberikan di Olimpik Paris ini mungkin merupakan yang termahal dalam sejarah temasya tersebut, terutamanya kerana harga emas yang tinggi.

Nilai ini melepasi rekod harga pingat emas yang bernilai AS$708 pada Sukan Olimpik London 2012.

Ramai terkejut bila dapat tahu harga sebenar pingat Emas, Perak dan Gangsa Olimpik Paris 2024

Forbes Australia menjelaskan bahawa pingat emas Olimpik seberat 529 gram, dengan lebih daripada 95.4 peratus sebenarnya diperbuat daripada perak (505 gram).
Enam gram terdiri daripada emas tulen, yang berfungsi sebagai lapisan penyaduran pada pingat, dan 18 gram terdiri daripada besi.

Besi tersebut bukanlah sebarang besi biasa kerana ia diambil dari Menara Eiffel.

Sementara itu, pingat perak seberat 525 gram, terdiri daripada 507 gram perak dan 18 gram besi.

Nilainya, berdasarkan harga perak dan besi pada 24 Julai, adalah lebih kurang AS$486 (RM2,174).

Pingat gangsa seberat 455 gram terdiri daripada 415.15 gram tembaga, 21.85 gram zink, dan 18 gram besi. Nilainya pula adalah sekitar AS$13 (RM58).

Baca Lagi:
“Seumur hidup aku, ini benar-benar sebuah Hari Ibu yang tawar”
Ramai yang tak tahu, ini cara nak dapatkan minyak ‘free’ di Petronas
Perhilitan rampas cengkerang ‘ong’ bernilai RM1 juta